4 Cara Tingkatkan Hasil Gambar dan Video Dengan Ciri AI Dari Samsung
Nur Amzari
Pada zaman digital ini mengambil gambar ataupun merakam video bukanlah sesuatu yang pelik dan asing dari kehidupan seharian. Jika anda sedang menggunakan peranti dari Samsung seperti siri Galaxy S25 atau siri Galaxy Z, anda sebenarnya mempunyai ciri AI yang boleh membantu tingkatkan hasil gambar dan video menjadi lebih cantik.


1. Generative Edit
Ciri AI pertama yang boleh anda gunakan adalah Generative Edit. Saya yakin mesti ada keadaan dimana gambar yang anda ambil penuh dengan orang pada bahagian belakang menjadi gambar anda tidak seperti apa yang diinginkan. Dengan Generative Edit ini semua masalah itu boleh diselesaikan menggunakan bantuan AI untuk hilangkan semua orang atau objek yang mengganggu dalam gambar itu. Anda juga boleh menambah gerakan pada sesuatu objek dalam gambar itu mengikut citarasa sendiri untuk membuatkan gambar lebih menarik.


2. Best Face
Kalau mengambil gambar berkumpulan, mesti akan ada salah seorang yang mata terpejam ataupun tidak bersedia jadi perlu mengambil gambar yang baru. Dengan ciri Best Face pada peranti Samsung ini anda tidak perlu risau lagi kerana ia akan betulkan dan berikan beberapa pilihan muka yang lebih cantik untuk digantikan dalam gambar itu. Satu-satunya syarat untuk menggunakan ciri ini adalah anda perlu mengaktifkan ciri Motion Photo sebelum mengambil gambar.

3. Audio Eraser
Bagi orang seperti saya yang suka merakam video dan bercakap depan kamera tapi kadang kala bunyi persekitaran lebih kuat menyebabkan suara sendiri tenggelam dan akhirnya anda buang sahaja video itu. Samsung memberikan anda solusi melalui Audio Eraser. Anda boleh kurangkan bunyi persekitaran dan juga kuatkan suara sendiri untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

4. Auto Trim
Satu lagi ciri AI berguna untuk yang gemar merakam video adalah Auto Trim. Antara situasi yang sesuai untuk menggunakan ciri ini adalah ketika anda sudah merakam video tapi tiada masa untuk menyuntingnya. Untuk menggunakan ciri ini anda perlu ke tetapan Studio dalam Galeri dan pilih video yang ingin disunting. Seperti namanya, ciri ini akan pilih bahagian-bahagian yang penting didalam video dengan bantuan AI kemudian menggabungkannya menjadi satu. Anda boleh memilih dan menetapkan sendiri durasi video mengikut kesesuaian.

Kesimpulan
Dengan ada ciri AI seperti Generative Edit, Best Face, Audio Eraser dan Auto Trim semuanya jadi mudah apabila anda mengambil gambar atau merakam video malah dapat meningkatkan lagi hasil kreativiti anda. Layari laman rasmi Samsung Malaysia untuk ketahui maklumat atau promosi lebih lanjut.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






