Malaysia Oversight

27 penjawat awam kena tindakan disiplin kerana buat kenyataan awam – Zaliha

By MkiniBM in August 12, 2025 – Reading time 1 minute
27 penjawat awam kena tindakan disiplin kerana buat kenyataan awam – Zaliha


PARLIMEN | Seramai 27 penjawat awam berdepan tindakan tatatertib tahun lepas kerana membuat kenyataan awam, termasuk mengkritik dasar , kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Dia berkata kes itu direkodkan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berdasarkan data Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tahun 2024.

“Seseorang penjawat awam adalah tertakluk kepada Surat Aku Janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan 20(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

“(Melalui) surat Aku Janji tersebut, setiap pegawai awam bertanggungjawab untuk mematuhi segala peraturan, termasuk Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling, surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan ,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Muntaz Md Nawi (PN-Tumpat).

Zaliha juga menegaskan bahawa kenyataan awam yang dibuat tanpa kawalan, terutamanya yang melibatkan ketepatan data, boleh menyebabkan kegelisahan awam yang tidak wajar.

“Setakat ini, berpandangan peraturan sedia ada wajar dikekalkan bagi memastikan pegawai awam sentiasa menjaga tatakelakuan seperti yang ditetapkan,” katanya.

Penjawat awam didapati bersalah atas tindakan risiko salah laku termasuk amaran rasmi, denda, sekatan gred, penurunan pangkat dan pemberhentian.

Bulan lalu, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam supaya tidak menyertai perhimpunan “Turun ” pimpinan pembangkang, mencetuskan perdebatan mengenai dakwaan penindasan hak mereka untuk kebebasan bersuara.



Source link