Malaysia Oversight

26 NGO sokong bantahan biro PKR terhadap kerjasama Maybank-Microsoft

By MkiniBM in August 9, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Gabungan NGO pro-Palestin menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian tegas yang dizahirkan Biro Antarabangsa berkenaan kerjasama strategik antara Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Microsoft, susulan dakwaan perkaitan syarikat teknologi itu dalam jenayah genosid Israel di Gaza.

Dalam satu kenyataan bersama, 26 NGO tersebut menyuarakan sokongan terhadap kenyataan yang dikongsikan Ketua Biro Antarabangsa , Malik kelmarin.

“Kami menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap pendirian yang diambil oleh Biro Antarabangsa dan menghargai keputusan mereka yang tegas dan berprinsip dalam menyuarakan bantahan secara terbuka walaupun merupakan sebahagian daripada parti dalam .

“Kami menggesa agar memberi maklum balas terhadap kenyataan biro tersebut dengan melakukan tindakan yang betul, iaitu campur tangan untuk menamatkan usaha sama ini oleh Maybank. Lagipun, Maybank ialah syarikat berkaitan (GLC).

“Microsoft adalah antara syarikat yang dinamakan oleh Pelapor Khas PBB mengenai Hak Asasi Manusia di Palestin dalam laporan pada 30 Jun sebagai mendapat keuntungan daripada jenayah pembunuhan beramai-ramai.

“Caterpillar, AWS, Google dan BlackRock juga termasuk dalam senarai tercela tersebut, yang mana kerajaan mempunyai hubungan atau kontrak dengan mereka,” kata mereka.

Pada 6 Ogos lalu, Biro Antarabangsa PKR menyuarakan bantahan tegas terhadap keputusan Maybank untuk menjalin kerjasama digital dengan Microsoft, yang menurutnya terpalit dengan dakwaan menyokong genosid Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

berkata kerjasama terbabit bukan sahaja tidak beretika, malah mencemarkan nama baik Maybank sebagai institusi kewangan milik rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, berkata pihaknya menggesa Maybank menilai semula dan menggantung kerjasama tersebut serta-merta.

Kata Maszlee, Maybank juga perlu memberikan penjelasan awam berkenaan penilaian risiko hak asasi manusia yang dibuat sebelum keputusan kerjasama ini.

“Sebagai institusi nasional, Maybank wajar mendahulukan prinsip etika dan kemanusiaan dalam semua urusan perniagaan, sejajar dengan sentimen majoriti rakyat Malaysia yang menolak sebarang bentuk sokongan terhadap penindasan ke atas rakyat Palestin,” tegasnya.

Pada 5 Ogos lalu, Maybank dilaporkan memeterai kerjasama untuk tempoh lima tahun bernilai RM1 bilion dengan Microsoft bagi memacu transformasi digitalnya.

Dalam kenyataan, bank itu berkata kerjasama tersebut akan menyaksikannya memanfaatkan keupayaan rangkaian kerjasama, teknologi awan dan kecerdasan buatan (AI) Microsoft untuk meningkatkan keutamaan pelanggan dan operasi.

Terdahulu, BDS Malaysia menggesa kerajaan untuk mengambil serius laporan Pelapor Khas PBB, dengan menyeru semua negara anggota PBB untuk menggantung atau menyekat perjanjian perdagangan dan hubungan pelaburan, serta mengenakan sekatan termasuk pembekuan aset, terhadap entiti dan individu yang terlibat dalam kegiatan yang boleh membahayakan rakyat Palestin.

Kumpulan itu turut menekankan yang banyak syarikat yang disenaraikan dalam laporan PBB, termasuk Microsoft, kini mempunyai atau pernah diberikan kontrak dengan kerajaan Malaysia.

Selain BDS, kenyataan bersama hari ini turut disokong oleh Abim, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, MyCare, ACCIN, Mahar, Pertubuhan Mawaddah Malaysia, GSPP, Palestine Forum Malaysia, Persatuan Akademia Ikram Malaysia, Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (Agenda), dan Al-Quds Foundation Malaysia.



Source link