Malaysia Oversight

25 tahun berjuang, pekerja estet dapat pampasan tanah

By MkiniBM in September 18, 2025 – Reading time 1 minute
25 tahun berjuang, pekerja estet dapat pampasan tanah


Seramai 34 bekas pekerja Kamiri Estate dan Changkat Salak Estate di Sungai Siput akhirnya menerima lot tanah percuma secara rasmi, menandakan berakhirnya perjuangan puluhan tahun untuk mendapatkan pampasan selepas diberhentikan kerja 25 tahun lalu.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang memperjuangkan nasib para pekerja berkenaan berkata penerima telah menerima Notis 5A semalam.

Notis 5A ialah kelulusan awal di bawah Kanun Tanah Negara yang mengesahkan keputusan negeri untuk memperuntukkan tanah kepada pemohon, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

“Perjuangan ini adalah antara usaha PSM dan Jawatakuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) menerajui tuntutan Skim Perumahan atau Lot Percuma.

4539300e90858ebc9134ac166ba8ecbd

“Bekas majikan mereka, SD Guthrie, membiayai kos infrastruktur, sementara tanah diberi oleh negeri Perak.

“Pelbagai rintangan dan perjuangan terpaksa dilalui bekas pekerja ini, termasuk diheret ke mahkamah, dihalau polis, dipotong bekalan air/ elektrik, diugut ‘samseng politik ‘ dan ditipu kontraktor , sehingga terpaksa membuat protes duduk hadapan pejabat menteri besar Madani untuk menuntut lot mereka,” kata PSM pada satu kenyataan hari ini.

“Kejayaan hari ini adalah hasil ketegasan dan kepercayaan 34 bekas pekerja ini terhadap kuasa rakyat dan kepimpinan PSM dan JSML,” tambah PSM.

[Baca berita asal]



Source link