Malaysia Oversight

22 maut, tiga cedera kebakaran restoran di utara China

By Utusan in April 30, 2025 – Reading time 2 minute
22 maut, tiga cedera kebakaran restoran di utara China


BEIJING: Sekurang-kurangnya 22 orang manakala tiga lagi cedera dalam kejadian kebakaran di sebuah restoran berhampiran bandar Liaoyang, wilayah Liaoning, utara , semalam.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kebakaran berlaku sejurus selepas tengah hari waktu tempatan di sebuah bangunan bertingkat, kira-kira 580 kilometer dari ibu negara Beijing.

“Insiden itu mengorbankan 22 nyawa dan mencederakan tiga yang lain,” lapor penyiar rasmi negara, CCTV.

Setakat ini, punca kebakaran masih belum dikenal pasti, namun rakaman yang tular di media sosial tempatan, Douyin, memaparkan api marak keluar dari tingkap dan pintu bangunan berkenaan.

Video turut menunjukkan pasukan perubatan kecemasan mengusung mangsa ke dalam ambulans, manakala anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis wilayah Liaoning, Hao Peng berkata, operasi menyelamat di lokasi selesai dengan semua mangsa berjaya dipindahkan.

Sebanyak 22 jentera bomba dan 85 anggota penyelamat dikerahkan dalam usaha mengawal kebakaran.

Susulan kejadian, barisan kepimpinan wilayah termasuk gabenor dimaklumkan dan satu siasatan menyeluruh akan dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran serta membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Presiden , Xi Jinping dalam satu kenyataan menggesa supaya segala usaha dilakukan untuk merawat mangsa yang cedera, menguruskan keluarga mangsa yang terlibat dan menyegerakan siasatan.

China sering berdepan insiden kemalangan industri akibat kegagalan mematuhi piawaian keselamatan, latihan tidak mencukupi serta tekanan daripada pihak atasan.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan faktor rasuah, penyelenggaraan lemah, bahan kimia disimpan secara haram serta kekurangan laluan keluar kecemasan. –AGENSI





Source link