Malaysia Oversight

1Password Dikemaskini Dengan Fungsi Tetingkap Amaran Terhadap Laman Web Phishing

By Amanz in January 26, 2026 – Reading time 1 minute
1Password Dikemaskini Dengan Fungsi Tetingkap Amaran Terhadap Laman Web Phishing


1Password Dikemaskini Dengan Fungsi Tetingkap Amaran Terhadap Laman Web Phishing

January 26, 2026
Sekuriti

Nazrin

1Password merupakan sebuah perisian penyimpanan kata laluan paling selamat yang ditawarkan di pasaran sekarang, digunakan bukan sahaja oleh pengguna biasa, tetapi juga syarikat-syarikat korporat untuk pekerja mereka.

Terkini, 1Password nampaknya telah mengemaskini perisian penyimpanan kata laluan mereka dengan fungsi tetingkap yang akan keluar memberi amaran kepada anda sekiranya ia mengetahui bahawa anda sedang cuba log masuk didalam laman web phishing yang akan mencuba untuk mencuri butiran akaun anda, termasuklah nama akaun, emel dan kata laluan log masuk.

image 80

1Password sedar bahawa kadang-kala pengguna akan menjadi keliru apabila 1Password tidak berfungsi dengan betul di laman web yang disangka mereka adalah laman web sebenar, tetapi sebenarnya ialah laman sesawang palsu. Dan disini, mereka akan memasukkan butiran log masuk mereka secara manual, dan 1Password tidak boleh melakukan apa-apa.

Penambahan ciri tetingkap pop-up ini memperlihatkan amaran kepada pengguna ialah cara termudah untuk memastikan bahawa pengguna tidak tersalah kongsi butiran atas-talian mereka secara tidak sengaja.

Laman web phishing kini rata-rata adalah lebih maju, menggunakan alamat yang sama ada hampir memiripi alamat laman web sebenar, ataupun menggunakan laman web dengan kesalahan typo yang mungkin tidak mudah untuk disedari.

Fungsi ini akan diaktifkan secara automatik untuk pengguna biasa dan pelanggan akaun keluarga, manakala pentadbir boleh memilih untuk mengaktifkannya secara manual untuk semua rakan kerja mereka.

Bleeping Computer



Source link