KUALA LUMPUR: Penyakit tidak berjangkit (NCD) kekal sebagai penyumbang utama kematian di Malaysia dengan penyakit jantung iskemia mencatatkan sebanyak 18,121 kematian atau 15.1 peratus daripada keseluruhan kematian pada 2023. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, menurut Laporan Perangkaan Sebab Kematian Malaysia 2024 diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM), penyakit jantung iskemia merupakan punca kematian kedua tertinggi di negara ini. “Laporan itu menunjukkan penyakit kardiovaskular lain mencatatkan 8,657 kematian (7.2…






