Malaysia Oversight

1,600 anggota keselamatan kawal perlawanan M’sia, Indonesia malam ini

By MkiniBM in July 21, 2025 – Reading time 1 minute
1,600 anggota keselamatan kawal perlawanan M’sia, Indonesia malam ini


Hampir 1,620 pegawai dan anggota keselamatan akan ditugaskan semasa perlawanan Kumpulan A Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bawah 23 tahun (B-23) antara Indonesia dan Malaysia di Jakarta Pusat malam ini, menurut polis.

Aksi ketiga kumpulan itu dijadual berlangsung pada 8 malam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK), Kompleks Sukan Senayan.

“Anggota terdiri daripada polis Metro Jaya, rakan dari tentera dan beberapa pegawai dari Ibu Pejabat Polis Indonesia,” kata jurucakap Polis Daerah Metro Jaya, Komisioner Ade Ary Syam Indradi dalam kenyataan.

c02110a0aec0ac04e1d597160531d1be

Beliau berkata pengurusan lalu lintas di sekitar kawasan stadium akan dilaksanakan mengikut keperluan dan situasi semasa.

Sementara itu, skuad B-23 Malaysia kini memburu slot ke separuh akhir dalam aksi terakhir kumpulan A menentang tuan rumah, B-23 Indonesia, selepas tewas 0-2 kepada B-23 Filipina dalam perlawanan pembukaan Selasa lalu, namun bangkit dengan kemenangan besar 7-1 ke atas B-23 Brunei pada Jumaat.

– Bernama



Source link