Malaysia Oversight

11 rumah setinggan diroboh di rizab kubur Kebun Teh Larkin

By TheSun in October 23, 2025 – Reading time 1 minute
11 rumah setinggan diroboh di rizab kubur Kebun Teh Larkin


JOHOR BAHRU: Sebanyak 11 rumah setinggan di Kebun Teh telah dirobohkan pada Rabu minggu lalu kerana dibina di atas tanah rizab kubur dan kawasan berisiko malaria.

Ahli Dewan Undangan Negeri Larkin Datuk Mohd Hairi Mad Shah berkata siasatan Jabatan Imigresen Malaysia mendedahkan kebanyakan rumah tersebut didiami warga asing.

Beliau menyatakan lebih 100 individu telah ditahan dalam operasi bersepadu itu.

“Kita dapati mereka menyambung rumah sedikit demi sedikit hingga akhirnya membentuk satu penempatan besar di luar jangkaan,” katanya semasa sidang media di lokasi rumah setinggan.

Mohd Hairi mengumumkan 36 lagi rumah termasuk yang didiami warga tempatan akan dirobohkan dengan tempoh 30 hari diberikan kepada penghuni untuk mengosongkan kediaman.

Keputusan lanjutan tempoh itu dibuat selepas perbincangan bersama wakil penduduk yang memohon pertimbangan.

negeri komited mencapai sasaran Johor sifar setinggan melalui penstrukturan semula dan pemindahan penduduk ke penempatan lebih selamat,” tegasnya.

Tindakan perobohan turut dilaksanakan di kawasan sekitar Larkin dengan 1,422 rumah setinggan dikenal pasti untuk tindakan.

Kawasan terlibat termasuk Kampung Melayu Majidee, Taman Sinaran Kempas, Kebun Teh dan Kampung Sri Paya. – Bernama



Source link