Malaysia Oversight

11 Maut, Kenderaan Jatuh ke Terusan di Uttar Pradesh

By TheSun in August 3, 2025 – Reading time 1 minute
11 Maut, Kenderaan Jatuh ke Terusan di Uttar Pradesh


NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 11 penganut manakala empat lagi cedera pada Ahad apabila kenderaan yang mereka naiki terjunam ke dalam sebuah terusan di negeri Uttar Pradesh di utara India.

Mangsa dalam perjalanan ke kuil Prithvinath di daerah Gonda, kira-kira 135 kilometer dari ibu negeri, Lucknow.

Kenderaan itu membawa 15 ahli daripada tiga keluarga. Pemandu kenderaan hilang kawalan menyebabkan kenderaan berkenaan terjunam ke dalam terusan Saryu, menurut pegawai tempatan kepada media.

Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath mengumumkan pampasan kewangan sebanyak 500,000 rupee (kira-kira RM24,500) setiap seorang kepada keluarga si mati manakala Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan bayaran ex gratia sebanyak 200,000 rupee daripada Tabung Bantuan Nasional Perdana Menteri (PMNRF) kepada waris setiap mangsa yang terkorban – BERNAMA



Source link