Malaysia Oversight

100,646 pekerja asing gagal dikesan pegang PLKS

By TheSun in August 20, 2025 – Reading time 1 minute
100,646 pekerja asing gagal dikesan pegang PLKS


KUALA LUMPUR: Seramai 100,646 pekerja asing yang memegang Lawatan Kerja Sementara dalam sektor pembinaan gagal dikesan selepas program pemutihan dilaksanakan Construction Labour Exchange Centre Bhd.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan perkara itu dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata akan melaksanakan langkah serta tindakan punitif terhadap majikan dan pekerja asing sektor pembinaan yang melakukan kesalahan.

“Mereka masuk, mereka pegang PLKS sektor pembinaan, tetapi apabila dibuat pemutihan oleh CLAB, kita tidak dapat kesan.”

“Kalau mereka salah guna , kita akan ambil tindakan ikut kesalahan itu,“ tegas Saifuddin.

Perkara itu didedahkan susulan pembentangan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dalam mesyuarat jawatankuasa bersama.

Mesyaurat tersebut merupakan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Keempat Belas.

Saifuddin menegaskan pekerja asing yang mereka sudah tamat perlu menandatangani memo check out dan meninggalkan negara.

“Kalau mereka tidak meninggalkan negara, kita akan jejaki mereka,“ kata beliau. – Bernama



Source link