Malaysia Oversight

10 Perkara Paling Menarik Pada Siri iPhone 17

By Amanz in September 11, 2025 – Reading time 5 minute
10 Perkara Paling Menarik Pada Siri iPhone 17


17, Air, 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max telah dilancarkan awal pagi tadi dengan ia membawakan perubahan pada tubuh paling drastik sejak iPhone 11. Pratempahan akan dibuka di Malaysia pada 12 September sementara jualan pula adalah pada 19 September depan. Bagi mereka yang kurang arif model manakah yang paling serasi dengan keperluan peribadi, ini ialah senarai 10 perkara menarik dan mengecewakan pada siri iPhone 17 tahun ini.


MENARIK

1.Semua Model Dilengkapi Skrin ProMotion 120Hz

Apple iPhone 17 Pro Max 6.3 6.9

Setelah sekian lama dikritik memberikan skrin 60Hz pada model iPhone asas, tahun ini akhirnya akur dengan permintaan pengguna. Keempat-empat model tahun ini adalah dari jenis Super Retina XDR OLED dengan kadar segar semula ProMotion 120Hz LTPO. Ini bukan sahaja akan membuatkan pengalaman penggunaan terasa lebih lancar malahan akan menjimatkan penggunaan bateri lebih-lebih lagi pada iPhone Air yang berbateri kecil.

2. Semua Model Hadir Dengan Cip Siri A19 Baharu

Apple A19 Pro Hero

Dua cip baharu diperkenalkan iaitu Apple A19 Pro dan Apple A19. Kedua-duanya masih lagi 6 teras CPU tetapi mempunyai NPU 16 teras. tidak menganaktirikan iPhone 17 dengan cip tahun lepas seperti dilakukan pada iPhone 15. Dengan ini kemampuan Apple Intelligence kesemua iPhone tahun ini adalah setanding.

3. Akhirnya 12GB RAM Pada iPhone 17 Pro dan iPhone Air

Apple Iphone 17 Pro Max Depan

Tahun lepas semua model iPhone hadir dengan 8GB RAM. Tahun ini iPhone 17 Pro dan iPhone Air dinaikkan taraf dengan 12GB RAM buat pertama kali. Dengan RAM lebih besar semakin banyak aplikasi boleh dilancarkan serentak dan membantu untuk pemprosesan kecerdasan buatan. Harga DRAM sekarang semakin murah kerana lambakan bekalan dan tiada alasan untuk tidak menawarkan 12GB kepada semua telefon tahun depan.

4. Rekaan Serba Baharu

Apple iPhone 17 Pro Air

Kali terakhir perubahan besar dilakukan ialah menerusi iPhone 11 Pro. Tri kamera diperkenalkan dan bonggol kamera berkotak di belakang segera menjadi elemen ikonik iPhone sehingga peranti mudah dikenali walaupun dilihat dari jauh. Pada asalnya diketawakan kerana “Steve Jobs tak rekaan macam ni” tetapi ia memulakan trend kamera disusun secara tiga segi pada peranti pengeluar lain.

Ada yang mengatakan iPhone tahun ini meniru trend Google Pixel. Memang boleh dilihat persamaannya tetapi jika kita benar-benar berterus terang iPhone Air lebih mirip Google Nexus 6P. Rekaan iPhone 17 Pro dan iPhone Air juga telah menerima kritikan hebat di sosial media tetapi saya yakin seperti rekaan iPhone 11 dahulu, ia akan kemudian ditiru pengeluar lain dan menjadi norma baharu.

5. iOS 26 Dengan Liquid Glass

Apple iOS 26 All Semua 1

Antaramuka baharu Liquid Glass diperkenalkan dengan ia mengembalikan era UI skeumorfik asal iOS yang digantikan dengan rekaan rata pada tahun 2013 menerusi iOS 7. Dengan rekaan seakan kaca, ikon kembali nampak 3D dengan ia memantulkan cahaya. Apabila elemen antaramuka menutupi latar belakang, ia akan dikaburkan lengkap dengan biasan cahaya kaca sebenar. Bukan sahaja rekaan fizikal iPhone menerima perubahan besar, perisian juga diubah sekali bagi memberikan pengalaman baharu yang benar-benar segar.

6. Bateri Lebih Besar

Apple iPhone bateri

Bateri iPhone 17 Pro, 17 Pro Max dan 17 adalah lebih besar berbanding model tahun lalu. Peningkatan beberapa ratus mAH adalah cukup signifikan untuk memberikan penggunaan beberapa jam lebih lama. Siri iPhone 16 tahun lepas sudahpun mempunyai reputasi sebagai antara peranti paling tahan lama baterinya. Maka tahun ini saya yakin ia akan mengekalkan lagi reputasinya. Saya hanya sedikit terkilan versi bateri paling besar pada iPhone 17 Pro tidak memasuki pasaran Malaysia kerana ia model tanpa talam SIM fizikal.

7. Pengecasan Lebih Pantas Sehingga 60W

Apple iPhone 17 Pro Air Bateri

Tahun ini iPhone 17 dan iPhone 17 Pro menyokong pengecasan sehingga 60W yang jauh lebih baik berbanding sekitar 25W sahaja tahun lepas. Ini ialah kuasa pengecasan puncak yang dicapai seketika sahaja membolehkan bateri dicaj sehingga 50% dalam masa serendah 20 minit.

Walaupun ia masih perlahan berbanding sistem pengecasan Huawei, Honor, Oppo dan Xiaomi, ia adalah satu permulaan yang baik sekaligus tidak lagi akan memberikan alasan kepada Samsung untuk terus degil dengan pengecas 45W sahaja tahun depan.

8. Tri-kamera 48 Pada iPhone 17 Pro dan Dwi-kamera 48MP Pada iPhone 17

Apple Iphone 17 Pro Max kamera

Era lain lensa lain sensor berakhir dengan siri iPhone 17. Kesemua model tahun ini dilengkapi sensor 48MP yang sama. iPhone 17 Pro dengan tri-kamera 48MP, iPhone 17 dengan dwi-kamera 48MP dan Air pula dengan mono kamera 48MP. Pada iPhone 17 Pro, sensor baharu menggantikan sensor lensa telefoto 12MP dan pada iPhone 17 pula ia menggantikan sensor ultra lebar 12MP.

Di atas kertas imej yang nampak lebih konsisten akan dapat dicapai seperti yang saya nikmati apabila menggunakan Oppo Find X8 Pro dengan sistem tri-kamera 50MP. Jika Apple sudah mengucapkan selamat tinggal kepada sensor 12MP, pengeluar peranti mercu lain (hello Samsung!) juga patut berhijrah ke sensor lebih besar.

9. Kamera Swafoto Center Stage Baharu 18MP

Apple Center Stage Camera Swafoto

Kamera swafoto kini diberikan nama baharu Center Stage kerana dilengkapi sensor segi sempat sama 18MP yang lebih besar. Menerusi kamera baharu ini, gambar swafoto landskap boleh diambil walaupun telefon dipegang menegak. Sistem AI kamera siri iPhone 17 akan mengesan kehadiran orang lain dan mengubah mod tangkapan gambar secara automatik untuk swafoto berkumpulan.

Sistem Center Stage juga mempunyai sistem penstabilan imej membolehkan rakaman video hadapan stabil dilakukan. Dalam era TikTok, Instagram Live dan TikTok Live, kamera hadapan dengan penstabilan akan mengukuhkan lagi status iPhone sebagai telefon pintar pilihan pempengaruh dan penghasil kandungan atas talian.

10. Sistem Penyejukan Pada iPhone 17 Pro

Apple iPhone 17 Pro Vapor chamber kebuk Penyejuka

Akhir sekali siri iPhone 17 Pro ialah yang pertama dilengkapi sistem penyejukan kebuk wasap bagi memastikan prestasi tinggi dapat dicapai sepanjang masa oleh A19 Pro. Selama ini Apple tidak memerlukan sistem penyejukan yang standard di Android kerana permua yang dijalankan tidak memerlukan kuasa tinggi. Sejak iPhone boleh menjalan permainan PC seperti Death Stranding dan Resident Evil Village, isu pemanasan mula dilaporkan pengguna maka penyelesaiannya ialah sistem penyejukan terbina.

Pengenalan sistem penyejukan ini juga menarik apabila dilihat dari sudut pembangunan peranti Apple yang seterusnya. Apple dilaporkan sedang membangunkan MacBook dengan cip iPhone dan saya yakin sistem penyejukan yang sama akan digunakan juga pada komputer riba. Bagi pengguna, ini adalah langkah positif daripada Apple untuk menyelesaikan isu pemanasan dan merealisasikan impian iPhone dijadikan sebuah konsol permainan tahap PC mudah alih.


Apple iPhone 17, iPhone Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max boleh diprapesan di Malaysia bermula esok 12 September dengan jualan terbuka pula bermula 19 September 2026.



Source link