Malaysia Oversight

10.14 peratus keluar undi setakat 9 pagi — SPR

By MkiniBM in November 29, 2025 – Reading time 1 minute
10.14 peratus keluar undi setakat 9 pagi — SPR


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 10.14 peratus pengundi telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setakat 9 pagi hari ini.

Ini bersamaan dengan 176,756 orang daripada 1.7 juta pengundi berdaftar yang berhakl memilih wakil rakyat di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebanyak 882 pusat pengundian di seluruh Sabah dibuka secara rasmi pada 7.30 pagi tadi.

SPR berkata proses pengundian akan berlangsung hingga 5 petang.

c6d2e5ef55bc72337308011b92d9c2c4

Bagaimanapun, SPR sebelum ini memaklumkan beberapa pusat mengundi — termasuk di kawasan pulau — akan ditutup lebih awal, sekitar 11.30 pagi hingga 12 tengah hari, bergantung kepada keadaan setempat.

PRN Sabah ke-17 kali ini menyaksikan 596 calon bertanding merebut 73 kerusi DUN, menjadikannya antara pilihan raya negeri paling sengit dengan pertandingan pelbagai penjuru di hampir semua kawasan.



Source link