Malaysia Oversight

Menteri – Pastikan Cip MyKad Berfungsi Untuk Nikmati Subsidi Petrol

By Amanz in September 19, 2025 – Reading time 1 minute
Menteri – Pastikan Cip MyKad Berfungsi Untuk Nikmati Subsidi Petrol


Menteri – Pastikan Cip MyKad Berfungsi Untuk Nikmati Subsidi Petrol

September 19, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan rakyat Malaysia untuk memastikan cip MyKad mereka berfungsi dengan baik agar dapat menikmati subsidi petrol RON95 yang disasarkan.

Subsidi hanya boleh ditebus jika MyKad digunakan semasa mengisi minyak dengan di media sosial sudah tular video alat yang bakal digunakan untuk mengimbas MyKad bagi mengesahkan kelayakan. Muncul ura-ura harga minyak petrol RON95 akan dikurangkan ke RM 1.99 seliter berbanding RM 2.05 seliter sekarang apabila subsidi diperkenalkan penghujung bulan ini.

JPN Mykad Tebus SARA

Julai lalu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan infografik bagaimana memeriksa MyKad masih beroperasi ataupun tidak sejurus selepas mengumumkan bantuan RM100 sempena Hari Merdeka. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pengesahan dilakukan menerusi MyKad.

Jika MyKad anda tidak boleh dibaca ketika cuba melakukan urusan , sudah berusia lebih 10 tahun dan mengalami kerosakan fizikal seperti tercalar, anda disarankan pergi ke cawangan JPN berdekatan untuk melakukan proses gantian kad baharu.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link