Malaysia Oversight

Honda WN7 Dilancarkan Dengan Bateri 130 KM

By Amanz in September 19, 2025 – Reading time 1 minute
Honda WN7 Dilancarkan Dengan Bateri 130 KM


Honda WN7 Dilancarkan Dengan Bateri 130 KM

September 19, 2025
Automotif

Effi Saharudin

Honda melancarkan motosikal elektrik WN7 yang merupakan model komersial kepada konsep EV Fun Concept yang diperlihatkan di EICMA Itali tahu lalu. WN7 mengambil nama W daripada konsep “Be The Wind”, N untuk “Naked” dan “7” pula untuk kelas output motor elektrik yang digunakan.

Honda WN7 A

Ia mempunyai bateri yang memberikan jarak perjalanan sehingga 130 km dengan sekali caj. Bateri Li-Ion adalah dari jenis kekal yang tidak boleh ditanggalkan seperti standard yang ditetapkan konsortium Honda beberapa tahun lalu. Sokongan pengecasan CCS2 membolehkan bateri dicas dari 20-80% dalam masa 30 minit.

Honda WN7 B

Dari segi prestasi, ia mempunyai kuasa setanding motosikal ICE 600cc dan tork pula setanding motosikal 1000cc. Motosikal ini dilengkapi skrin 5″ TFT yang menunjukkan pelbagai maklumat. pemanduan yang serasi dengan aplikasi RoadSync pada telefon pintar.

Kerana tiada enjin, WN7 mempunyai ruang simpanan dengan isipadu 20 liter di bawah tempat duduk. Sistem brek yang digunakan pula ialah dua cakera dia hadapan dan satu lagi di belakang. Di Eropah, Honda WN7 dijual pada harga £12,999 (~RM 74,000) sebuah.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link