Kerana Kesilapan Bendera AI, Akhbar Sin Chew Didenda RM100,000 Oleh SKMM
Effi Saharudin
Kesilapan bendera Malaysia janaan AI generatif oleh akhbar Sin Chew Daily awal tahun ini menjadi bualan ramai dengan ada yang melabelnya sebagai tindakan pengkhianatan. Selepas beberapa bulan berlalu dan insiden semakin dilupakan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)hari mengenakan denda RM100,000 ke atas Sin Chew Media Corporation Bhd kerana ke atas kesilapan yang dilakukan

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, SKMM berkata keputusan diambil selepas mendapat kebenaran Jabatan Peguam Negara. Kesilapan yang dilakukan pula ialah memuat naik imej Jalur Gemilang yang tidak lengkap ke laman digital milik mereka.
Insiden ini mendedahkan bagaimana tindakan syarikat media menggunakan AI generatif bagi menggantikan jabatan grafik yang menggunakan tenaga manusia tidak semuanya positif. Selepas insiden melibatkan Sin Chew, kesilapan pada Jalur Gemilang disebabkan oleh AI berulang semula pada beberapa muatan media sosial milik syarikat, ahli politik dan individu.
Sebaik manapun model AI yang anda gunakan, ia masih bukan pengganti kepada manusia yang lebih terperinci dalam memastikan kesilapan yang sama tidak akan berulang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.