Malaysia Oversight

Hubungan akrab Malaysia-Vietnam pemangkin perkukuh rantau ASEAN

By TheSun in September 18, 2025 – Reading time 1 minute
Hubungan akrab Malaysia-Vietnam pemangkin perkukuh rantau ASEAN


Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada pengerusi Dewan Negara Vietnam Trần Thanh Mẫn di World Trade Center Kuala Lumpur. 18 September 2025. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR: Hubungan akrab antara Malaysia dan Republik Sosialis Vietnam akan sentiasa menjadi antara pemangkin dalam memperkukuh rantau ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim berkata pertemuannya bersama Pengerusi Dewan Negara Vietnam Tran Thanh Man mengesahkan tekad kedua-dua negara untuk memperdalam kerjasama dalam sektor dagang, pelaburan, tenaga serta sektor halal.

Beliau menegaskan kepentingan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara melalui pertukaran amalan terbaik dalam perundangan, tadbir urus dan reformasi.

Malaysia mengiktiraf peranan Vietnam melalui AIPA sejak tahun 1995 sebagai detik penting integrasi Parlimen di rantau ini.

Mereka juga satu suara dalam mendukung penyertaan Timor-Leste ke dalam keluarga majmuk ASEAN.

Usaha ini melambangkan kesatuan rantau yang berpaksi pada kepentingan ekonomi, idealisme, solidariti dan semangat kebersamaan di Asia Tenggara. – Bernama



Source link