Malaysia Oversight

CMF Bakal Hadir Dengan Fon Kepala Tersendiri

By Amanz in September 18, 2025 – Reading time 1 minute
CMF Bakal Hadir Dengan Fon Kepala Tersendiri


CMF Bakal Hadir Dengan Fon Kepala Tersendiri

September 18, 2025
Nothing

Amy Maizuraa

CMF telah mengesahkan kehadiran fon kepala tersendiri mereka yang dinamakan sebagai CMF Headphone Pro. Ia merupakan produk audio sulung dari CMF dan dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi pada 29 September 2025.

CMF Headphone Pro 2

CMF menggunakan tagline ‘Remix Everything’ untuk mempromosikan fon kepala ini. Ia hadir dalam warna ceria seperti hijau mint dan jingga di mana selari dengan identiti jenama itu. Video yang disiarkan turut menunjukkan ciri-ciri penting seperti roda khusus untuk kelantangan, butang kuasa dan lampu penunjuk LED.

CMF Headphone Pro 1
CMF Headphone Pro 5

Reka bentuk CMF Headphone Pro hadir dengan pad telinga lembut bersama penanda ‘L’ dan ‘R’ pada bahagian dalam bagi memudahkan pemakaian. Ia juga mungkin dilengkapi suis khas untuk pembatalan hingar aktif. Nama Pro juga menunjukkan fon kepala ini disasarkan sebagai produk audio premium daripada  CMF.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link