Realme Watch 5 Boleh Didapati Di Malaysia Pada RM399
Amy Maizuraa
Realme Watch 5 kini ditawarkan di Malaysia sebagai sebahagian daripada rangkaian AIoT baharu jenama tersebut. Ia hadir dengan rekaan skrin berbentuk empat segi, butang fizikal di sisi serta tali silikon lembut dalam pilihan warna hitam dan putih.

Realme Watch 5 dilengkapi paparan AMOLED 1.97-inci dengan kecerahan puncak 600 nits. Ia menyokong GPS terbina dengan lima sistem GNSS bagi ketepatan lokasi yang lebih jitu. Ia juga menawarkan lapan mod kecergasan termasuk panduan laluan larian, rutin regangan dan pemantauan kesihatan harian.

Melalui aplikasi realme Link, pengguna boleh memantau sehingga 10 jenis kesihatan utama. Bateri 460mAh pula mampu menawarkan ketahanan hingga 16 hari atau 20 hari dalam mod jimat tenaga. Ia juga kalis air dan debu dengan penarafan IP68.
Selain fungsi kecergasan, Realme Watch 5 menyokong panggilan Bluetooth, NFC, mod Game Guardian dan storan muzik luar talian sebesar 230MB. Bagi yang berminat, jam tangan ini dijual di Malaysia pada harga RM399.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.