Malaysia Oversight

NVIDIA Melabur $5 Bilion Pada Intel – Fokus Pembangunan Dan Integrasi Produk PC Dan Pusat Data

By Amanz in September 18, 2025 – Reading time 1 minute
NVIDIA Melabur $5 Bilion Pada Intel – Fokus Pembangunan Dan Integrasi Produk PC Dan Pusat Data


NVIDIA Melabur $5 Bilion Pada Intel – Fokus Pembangunan Dan Integrasi Produk PC Dan Pusat Data

September 18, 2025
Intel
NVIDIA

Aman

NVIDIA hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan akan melabur sebanyak $5 bilion pada Intel. Selari dengan pelaburan ini juga, kedua-dua pihak akan bekerjasama dengan lebih rapat dalam pembangunan sejumlah produk memfokuskan kepada PC dan juga untuk pusat data, selain melibatkan kecerdasan buatan.

Intel NVIDIA

Kerjasama ini juga akan memfokuskan dalam memudahkan integrasi produk dan seni bina NVIDIA dan Intel. Intel akan bangunkan cip x86 yang mengintegrasikan RTX GPU, sekaligus menawarkan produk PC lebih baik. Sementara untuk produk pusat data pula, kedua-duanya akan mengintegrasikan antara satu sama lain.

Sebelum ini, Amerika Syarikat turut telah mengambil pegangan ekuiti pada Intel, selain Softbank turut telah melakukan pelaburan pada Intel. Dengan pelbagai pelaburan ini, ia dijangka akan menguatkan kembali syarikat Intel dan penawaran produknya di pasaran.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link