Malaysia Oversight

Realme 15 Dan 15 Pro Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1499

By Amanz in September 18, 2025 – Reading time 2 minute
Realme 15 Dan 15 Pro Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1499


Realme melancarkan dua telefon pintar baharu untuk pasaran Malaysia iaitu realme 15 dan realme 15 Pro. Kedua-dua model menyasarkan pengguna berbeza tetapi masih mengekalkan fokus terhadap sistem kamera berkualiti tinggi seperti generasi sebelumnya.

IMG 4012

Realme 15 Pro hadir dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 bersama pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Paparan hadapan menggunakan skrin 6.8-inci HyperGlow 4D Curve+ yang menyokong kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak sehingga 6,500 nits dan resolusi 1280 x 2800 piksel.

IMG 4013
IMG 4014
IMG 4021 1

Kamera utama menggunakan sensor Sony IMX896 50MP dengan sokongan OIS dan rakaman video sehingga 4K60FPS. Ia turut menyertakan pelbagai mod pintar seperti AI Edit Genie, AI Party Mode, AI Landscape, 2K Live Photo, dan AI Glare Remover untuk hasil gambar yang lebih kreatif. Kamera ultra-lebar 50MP dan kamera swafoto 50MP dengan sokongan rakaman 4K juga disediakan sebagai pelengkap.

IMG 4026
IMG 4030

Peranti hadir dengan bateri berkapasiti besar 7,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W melalui port USB-C. Peranti juga ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik iaitu Flowing Silver dan Velvet Green dengan berat sekitar 187 gram.

IMG 4034

Realme 15 dikuasai oleh cip Mediatek Dimensity 7300+ dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Skrin hadapan menggunakan panel AMOLED sebesar 6.77-inci dengan kadar segar semula 144Hz. Ini dipadankan dengan resolusi 1080 x 2392 piksel dan kecerahan puncak 4500nits.

IMG 4018
IMG 4019
IMG 4020

Sistem kamera terdiri daripada kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony IMX882 dengan OIS, kamera ultra-lebar 8MP dan swafoto 50MP. Ketiga-tiga kamera menyokong rakaman video dalam resolusi 4K. realm 15 juga dilengkapi bateri berkapasiti besar 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W melalui port USB-C.

IMG 4044
IMG 4043

Bagi yang berminat, Realme 15 ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga bermula RM1,499. Sementara itu, versi pro hadir dengan dua pilihan konfigurasi iaitu RM1799 (12/ 256GB) dan RM2099 (12/512GB). Kesemua model ini boleh didapati melalui laman web rasmi Realme Malaysia serta pengedar sah di seluruh Malaysia.



Source link