Malaysia Oversight

Maybank Mengumumkan Penyelenggaraan Sistem Berjadual Pada 20 September 2025

By Amanz in September 18, 2025 – Reading time 1 minute
Maybank Mengumumkan Penyelenggaraan Sistem Berjadual Pada 20 September 2025


Maybank Mengumumkan Penyelenggaraan Sistem Berjadual Pada 20 September 2025

September 18, 2025
Aplikasi
Kewangan

Amy Maizuraa

Maybank memaklumkan bahawa aktiviti penyelenggaraan sistem berjadual akan dilaksanakan pada hari Sabtu iaitu 20 September 2025. Sepanjang tempoh itu, beberapa perkhidmatan tidak akan dapat diakses melalui platform Maybank2U di laman web dan aplikasi termasuk aplikasi MAE dan Maybank2u Biz.

20230807 150840

Perkhidmatan yang terjejas merangkumi transaksi seperti DuitNow Transfer, DuitNow, DuitNow Request, dan DuitNow QR. Selain itu, JomPAY, Interbank GIRO, FPX dan Debit Mandate turut tidak tersedia. Perkhidmatan ATM serta pertukaran mata wang melalui aplikasi MAE juga tidak dapat digunakan sepanjang tempoh tersebut.

Gangguan perkhidmatan dijadualkan berlaku pada dua sesi iaitu dari pukul 3:00 pagi hingga 8:00 pagi dan sekali lagi dari pukul 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi. Maybank memohon maaf atas kesulitan yang mungkin dialami dan menghargai kesabaran serta sokongan berterusan daripada para pelanggan.

Maybank

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link