Dua Kereta Terbang Xpeng Bertembung Ketika Melakukan Latihan Penerbangan
Effi Saharudin
Dua kereta terbang Xpeng bertembung di udara Selasa lalu ketika sedang melakukan latihan penerbangan untuk Pertunjukan Udara Changchun di China. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dengan hanya seorang juruterbang mengalami kecederaan ringan. Selepas bertembung kedua-dua kereta terbang berjaya mendarat tetapi salah satu daripadanya kemudiannya terbakar.

Kereta terbang ini hadir dengan setiap SUV EV Xpeng AeroHT Land Aircraft Carrier (LAC) yang dilancarkan awal tahun ini. Ia mampu membawa sehingga dua orang penumpang dengan ia beroperasi menggunakan kuasa bateri sepenuhnya.

Sejak diperlihatkan kepada orang ramai LAC telah menerima 3000 tempahan. Jumlah tempahan yang agak tinggi walaupun setiap LAC dijual pada harga RMB 2 juta (~RM 1.22 juta) sebuah. AeroHT juga masih belum mendapat klasifikasi daripada kerajaan untuk kenderaan ini dan sama ada pemilik memerlukan lesen khas untuk melakukan penerbangan.
💡
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.