Malaysia Oversight

Kemaskini Samsung One UI 8 Mula Diterima Peranti Di Malaysia Hari Ini

By Amanz in September 18, 2025 – Reading time 1 minute
Kemaskini Samsung One UI 8 Mula Diterima Peranti Di Malaysia Hari Ini


Kemaskini Samsung One UI 8 Mula Diterima Peranti Di Malaysia Hari Ini

September 18, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Sistem operasi One UI 8 dilancarkan bersama Galaxy Z Fold7, siri Z Flip7, siri Tab S11 dan Galaxy S25 FE baru-baru ini. Bagi pemilik peranti Samsung yang lain, kemas kini ke One UI 8 yang berasaskan Android 16 akan mula diterima di Malaysia bermula hari ini.

Samsung Galaxy Z Fold7 One UI 8 Android 16

Menurut Samsung Malaysia, siri Galaxy S25 akan mula menerimanya hari ini diikuti pula oleh siri Galaxy S24, Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6 pada 25 September. Senarai lengkap peranti terawal menerima kemas kini adalah seperti di bawah. One UI 8 membawakan ciri baharu seperti antaramuka yang lebih ceria, mod desktop DeX yang lebih baik dan juga tampalan sekuriti terkini.

Model Tarikh kemas kini
Siri Galaxy S25 18 September 2025
Siri Galaxy S24, Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6 25 September 2025
Siri Galaxy S23, Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 2 Oktober 2025
Siri Galaxy S22, Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4 6 Oktober 2025
Galaxy S21 FE 16 Oktober 2025

Ketika artikel ditulis, kami masih belum menerima kemas kini One UI 8 pada beberapa peranti siri Galaxy S25 di pejabat. Samsung mula memberikan kemas kini di Korea Selatan terlebih dahulu pada 15 September dengan ia kini diberikan secara berperingkat mengikut pasaran.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link