Malaysia Oversight

Bersih anggap isyarat bahaya dana politik tak terkawal

By MkiniBM in September 18, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyifatkan pendedahan bahawa sekurang-kurangnya RM1 juta diperlukan untuk memenangi satu kerusi parlimen sebagai satu isyarat bahaya terhadap kelemahan undang-undang sedia ada dalam mengawal selia dana dan perbelanjaan politik.

Kenyataan itu merujuk kepada ucapan penggulungan Pengarah Pilihan Raya , Md Nor pada Muktamar Tahunan ke-71 Selasa lalu, yang menggambarkan keperluan dana politik yang jauh melebihi had perbelanjaan dibenarkan undang-undang.

a776a297aa39672c21cdae33d68e0585

Menurut Bersih, Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR) jelas mengehadkan perbelanjaan calon di pilihan raya Dewan Rakyat kepada RM200,000, manakala bagi Dewan Undangan Negeri hadnya hanya RM100,000. Justeru, angka yang dinyatakan menimbulkan persoalan sama ada parti-parti politik mematuhi undang-undang yang mereka sendiri gubal di Parlimen.

“Jika benar angka tersebut menjadi ukuran kos sebenar untuk menang kerusi, ia bukan sahaja mendedahkan jurang antara undang-undang dengan realiti politik, malah menjejaskan kredibiliti ahli politik sebagai penggubal undang-undang,” kata Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam kenyataannya.

Sehubungan itu, Bersih menggesa segera menambah baik kerangka undang-undang sedia ada melalui dua langkah utama.

00c870017a7a22ac5c346daaa587e06a

Pertama, melalui pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 – termasuk menyemak semula had perbelanjaan pilihan raya agar lebih realistik dengan kos semasa, serta mewajibkan audit terhadap perbelanjaan calon dan parti.

Kedua, penggubalan Akta Pembiayaan Politik – untuk mengawal selia sumbangan politik dengan menetapkan had derma, memperkenalkan mekanisme penerimaan yang telus, serta menubuhkan suruhanjaya bebas bagi memantau dana politik.

Bersih turut merujuk kepada cadangan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia supaya had sumbangan individu dihadkan kepada RM50,000, manakala syarikat pula pada RM100,000.

Menurut Bersih, pendedahan mengenai kos tinggi pilihan raya ini sepatutnya membuka mata semua pihak tentang betapa lemahnya undang-undang semasa dalam mengawal selia pembiayaan politik.

4ee891a7daf4de682a8cd64ffd941808

“Selagi isu dana politik tidak ditangani dengan telus, demokrasi negara akan terus terdedah kepada risiko pengaruh tidak sihat, penyalahgunaan kuasa, dan ketidakadilan dalam persaingan pilihan raya,” kata gabungan NGO itu.

Polemik tercetus di kalangan sekutu Perikatan Nasional apabila yang juga menteri besar Kedah memberi reaksi kepada kenyataan bekas ketua setiausaha sulit Yassin sewaktu presiden Bersatu itu menjadi perdana menteri.

Marzuki Mohamad kemudian tampil menyanggah kenyataan pemimpin yang lantang itu.

Dalam ucapannya Sanusi menyindir Bersatu yang dianggap mendapat jalan mudah bertanding dalam pilihan raya kerana menumpang kemudahan dan jentera yang ada pada PAS.

96728a8914c8984bcc82a7465fd1e380

Dalam keadaan begitu pun, Sanusi berkata, parti terbabit mahu menjadi pemimpin PN. Dia juga memberi isyarat bahawa ada banyak lagi isu yang boleh diungkit PAS berhubung kerjasama mereka selama ini.

Marzuki kemudian menjelaskan Bersatu turut menanggung kos perbelanjaan PN sewaktu mereka menyertai PRU15 sehingga membuka ruang kepada PAS memenangi 43 kerusi parlimen.

“Perbelanjaan PN pula semuanya ditanggung oleh Bersatu.

“Malah Bersatu juga memberikan sumbangan kewangan yang bukan sedikit kepada PAS,” katanya, semalam.



Source link