Malaysia Oversight

Pembangunan Kg Baru mesti utamakan Melayu

By MkiniBM in September 18, 2025 – Reading time 2 minute
Pembangunan Kg Baru mesti utamakan Melayu


Sultan , Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah bahawa baginda tidak menolak usaha pembangunan Kampung Baru, namun menegaskan syarat-syaratnya mesti jelas dan berpihak kepada orang Melayu agar identiti serta maruah komuniti itu terus dipelihara.

Titah itu hadir selepas polemik pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru, yang menimbulkan pelbagai pandangan daripada masyarakat dan pihak berkepentingan. Baginda mengingatkan bahawa sebarang keputusan pembangunan tidak boleh hanya berpaksikan keuntungan ekonomi, tetapi mesti menitikberatkan sejarah, warisan, serta kepentingan bangsa Melayu yang menjadi pemilik asal kawasan berkenaan.

7f21b86636554f74fb9d92ff191a33f0

“Selepas membaca maklumbalas daripada pelbagai pihak, Beta mahu agar isu ini dikendalikan secara teliti dan berhemah dengan keutamaan harus diberikan kepada kepentingan orang Melayu.

“Beta tiada halangan sekiranya kawasan Kampung Baru hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman, namun syarat-syaratnya harus jelas dan berpihak kepada orang Melayu,” titah Sultan Sharafuddin menerusi satu kenyataan hari ini.

Baginda menegaskan bahawa Kampung Baru bukan sekadar penempatan, tetapi simbol kebangkitan orang Melayu sejak tahun 1900. Ia ditubuhkan sebagai Malay Agricultural Settlement (MAS) hasil kurniaan Sultan ke-5, Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, melalui Warta Negeri bertarikh 12 Januari 1900.

7fe7492dda50c2e6fbf6bc63f75b9a3b

Baginda turut mengimbas ikatan sejarah keluarganya dengan Kampung Baru — termasuk ayahanda baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, yang pernah bersekolah di kawasan itu ketika bergelar Raja Muda Selangor. Malah, Kampung Baru menjadi lokasi penting dalam sejarah politik Melayu apabila Kelab Sultan Sulaiman menganjurkan Kongres Melayu Se-Malaya 1946 yang membawa kepada penubuhan , serta menjadi tempat perlindungan masyarakat Melayu ketika tragedi 13 Mei 1969.

“Beta ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kampung Baru memainkan peranan penting kepada kelangsungan dan maruah orang Melayu di Kuala Lumpur,” titah Sultan Sharafuddin.

Amaran Sultan Selangor ini dilihat sebagai peringatan bahawa pembangunan tanpa syarat yang melindungi kepentingan Melayu berisiko memadamkan identiti Kampung Baru sebagai simbol perjuangan dan warisan bangsa.

Dengan nilai tanah yang semakin tinggi, tekanan pembangunan bandar raya, serta minat besar pemaju hartanah, wujud kebimbangan bahawa suara komuniti asal akan tenggelam sekiranya garis panduan tegas tidak ditetapkan.

Mengulas lanjut, Sultan Sharafuddin menyeru supaya setiap pertimbangan pembangunan mengambil kira kepentingan Melayu bukan sahaja untuk masa kini, tetapi juga jangka panjang.

058630a590fda140c3cf3fdf3e512ff8

Baginda mengingatkan bahawa sejarah dan simbolisme Kampung Baru adalah sebahagian daripada denyut nadi Kuala Lumpur, dan sebarang pengabaian terhadap faktor ini akan mencetuskan implikasi besar terhadap warisan serta maruah orang Melayu.



Source link