Malaysia Oversight

China Mengarahkan Syarikat Tempatan Henti Memesan Cip NVIDIA RTX Pro 6000D

By Amanz in September 18, 2025 – Reading time 1 minute
Amerika Tarik Kebenaran Intel, Samsung dan SK Hynix Menggunakan Mesin Menghasilkan Cip di China.


Mengarahkan Syarikat Tempatan Henti Memesan Cip NVIDIA RTX Pro 6000D

September 18, 2025
NVIDIA
Perkakasan

Effi Saharudin

Cip NVIDIA RTX Pro 6000D ialah pengganti kepada NVIDIA H20 khusus untuk pasaran . Semalam Pentadbiran Ruang Siber (CAC) mengarahkan syarikat tempatan untuk berhenti menguji RTX Pro 6000D dan tidak memesannya daripada NVIDIA menurut laporan Financial Times.

Perang Chip Cip China Amerika

Arahan tiba selepas sebelum ini CAC turut menyarankan syarikat tempatan supaya berhenti menggunakan cip H20 dengan ia digantikan dengan cip kecerdasan tempatan (AI) keluaran tempatan. Alasan yang diberikan ialah cip mungkin mengandungi pintu belakang dan perisian hasad yang mengintip bagi pihak Amerika.

Perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat yang belum berjaya diselesaikan mendorong arahan dikeluarkan. Ia adalah satu lagi tekanan ke atas pentadbiran yang mengenakan tarif tinggi ke atas China.

Sungguhpun ujian NVIDIA RTX Pro 6000D telah dimulakan, NVIDIA sendiri belum menerima kebenaran untuk menjualnya kepada China. Tetapi dengan NVIDIA serta AMD bersetuju memberikan potongan 15% pendatapan jualan cip AI kepada Amerika Syarikat, kebenaran untuk menjualnya dipercayai bakal diterima.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link