Malaysia Oversight

Oakley Meta Vanguard Ialah Cermin Mata Pintar Tahan Lasak Untuk Pengguna Aktif

By Amanz in September 18, 2025 – Reading time 2 minute
Oakley Meta Vanguard Ialah Cermin Mata Pintar Tahan Lasak Untuk Pengguna Aktif


Oakley Meta Vanguard Ialah Cermin Mata Pintar Tahan Lasak Untuk Pengguna Aktif

September 18, 2025
Meta

Effi Saharudin

Oakley Meta Vanguard telah dilancarkan sebagai cermin mata pintar kedua hasil kerjasama dengan Oakley selepas HSTN pada Julai lalu. Vanguard kelihatan seperti cermin mata hitam yang digunakan atlet sukan lasak dengan kamera diletakkan di tengah-tengah untuk mengambil rakaman video yang lebih baik.

Oakley Meta Vanguard D

Terdapat sistem penstabilan imej yang membolehkan Vanguard berfungsi seperti sebuah kamera aksi. Lens cermin Oakley PRIZM membaluti wajah pemakai dengan ia menghalang silau matahari. Kamera di tengah-tengah adalah sebesar 12MP dengan lensa ultra lebar 122° yang boleh melakukan rakaman video 3K. Ia melepasi piawaian kalis air IP67 untuk pelbagai aktiviti sukan lasak.

Oakley Meta Vanguard B

Speaker terbina pada tangkai adalah yang paling lantang pernah ditawarkan Meta dengan ia masih boleh didengari walaupun pemakai dalam situasi angin bertiup pada kelajuan 30 batu sejam. Terdapat satu butang aksi fizikal yang boleh diprogramkan pemilik untuk merakam aktiviti tertentu serta integrasi Meta AI sama seperti cermin mata AI keluaran Meta yang lain. Memainkan muzik, menjawab telefon dan meminta maklumat boleh dilakukan dengan arahan suara sahaja.

Oakley Meta Vanguard E

Menerusi integrasi Strava dan Garmin, data seperti jarak perjalanan, kelajuan dan nadi daripada jam tangan pintar boleh dipaparkan dalam video yang dirakam yang kemudiannya boleh dikongsi segerak ke media sosial di bawah payung Meta. Setiap Vanguard boleh beroperasi sehingga 9 jam dengan sekali caj atau 36 jam dengan bekas pengecas.

Oakley Meta Vanguard C

Oakley Meta Vanguard dijual pada harga bermula $499 (~RM 2093) sepasang dalam pilihan bingkai hitam atau putih serta lensa Prizm Sapphire, Prizm Road, Prizm Black dan Prizm 24K.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link