Malaysia Oversight

Polis buru lelaki pecah rumah di Ipoh, guna kereta curi

By TheSun in September 18, 2025 – Reading time 1 minute
Polis buru lelaki pecah rumah di Ipoh, guna kereta curi


IPOH: Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Lapangan Perdana di sini pada 13 September.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad menyatakan kejadian berlaku pada jam 2.48 petang dengan suspek memakai topi biru dan pelitup muka.

“Suspek telah memecahkan penyelak pintu jeriji sebelum melarikan diri menggunakan kereta Proton Persona bernombor pendaftaran BMH 7286,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan kereta tersebut dilaporkan hilang di Taman Rishah dan sedang digunakan oleh suspek untuk melarikan diri.

Siasatan kes pecah rumah ini dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala kes kecurian kereta disiasat bawah Seksyen 379A kanun yang sama.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh menerusi talian 05-245 1542 untuk membantu siasatan. – Bernama



Source link