Malaysia Oversight

Isu calon PM dari PN tohmahan dan ‘spin’ musuh, kata PAS

By MkiniBM in September 17, 2025 – Reading time 2 minute
Isu calon PM dari PN tohmahan dan 'spin' musuh, kata PAS


hari ini menggesa semua pihak agar tidak melayan “tohmahan musuh” atau spin melibatkan parti dalam PN kerana ia “sengaja diperbesarkan”.

Timbalan Presiden , Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata semasa muktamar parti itu berlangsung beberapa hari lalu memang ada insiden usik-mengusik dalam perbahasan.

Katanya ia adalah sesuatu yang lumrah.

Teguran yang diberikan itu, tambah Tuan Ibrahim, kadang-kadang dibuat secara tegas namun sebahagian besar pula dalam bentuk yang halis dan lembut.

Semua itu, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian berkenaan lagi, menandakan ahli sayang kepada parti dan perjuangannya.

Pun begitu Tuan Ibrahim berkata, PN perlu terus melangkah ke depan dengan mengukuhkan perjuangan dan startegi mereka.

“Tidak perlu kita membuang masa melayan tohmahan musuh atau spin yang sengaja diperbesarkan.

“Isu calon perdana menteri hanya relevan sekiranya PN mencapai kemenangan besar dan layak menerajui persekutuan.

“Tidak perlu kita bersengkang mata atau memerah idea hanya untuk memenuhi agenda pihak lawan yang mahu melihat PN bertelagah,” katanya dalam kenyataan awal malam ini.

PRN Sabah jadi medan ujian

Nasihat Tuan Ibrahim itu dibuat ketika PAS dan Bersatu dibayangi isu siapa yang lebih wajar mengepalai PN serta kesesuaian tokoh yang sesuai ditampilkan sebagai calon perdana menteri gabungan berkenaan.

Muktamar PAS ke-71 yang berakhir semalam antara lain meluluskan usul untuk PAS memperkukuhkan PN.

Malah PAS juga menghantar isyarat bahawa parti itu kini sudah bersedia memainkan peranan lebih besar dalam PN.

Ia berlaku tidak lama selepas Bersatu meluluskan usul menamakan presiden mereka, Yassin, sebagai calon perdana menteri. Pun begitu ia tidak mendapat reaksi yang positif daripada PAS.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang misalnya menyatakan bahawa calon perdana menteri seeloknya mestilah berusia di bawah 70 tahun.

Untuk rekod Abdul Hadi kini berusia 77 tahun, manakala 78. Ibrahim yang menjadi perdana menteri ke-10 juga berusia 78 tahun.

a9c82b9c7e6cd4ed926e42c990430cb5

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan pula menjelaskan parti itu terbuka kepada sebarang nama – sama ada dari PAS atau bukan – dengan syarat pemimpin terbabit “mesti dekat dengan ahli PAS“.

Tuan Ibrahim berkata, dengan 73 kerusi parlimen yang dikuasai PN ketika ini, perjalanan mereka masih panjang walaupun “bayangan sudah kelihatan”.

“Kini PAS, Bersatu, Gerakan dan MIPP perlu terus bekerja sebagai satu pasukan — bukan menoleh ke belakang atau berbangga dengan pencapaian lalu.

“Musuh sudah tentu sedang merancang strategi, dan dengan kedudukan mereka sebagai pusat, segala dana serta kemudahan akan digunakan sebaik mungkin untuk mempertahankan kuasa.

“Ketepikan perkara yang tidak menguntungkan perjuangan.

“Jika benar kita mahukan kejayaan, mari kita perkukuh muafakat dalam menghadapi PRN Sabah sebagai ujian pertama sebelum meneruskan bahtera menuju ,” katanya.



Source link