Malaysia Oversight

Abang kesal Dahlia jadi mangsa kecaman, kenyataan disalah anggap

By Utusan in September 17, 2025 – Reading time 2 minute
Abang kesal Dahlia jadi mangsa kecaman, kenyataan disalah anggap


PETALING JAYA: Abang kepada penyanyi, Dahlia, iaitu Muhammad Syakir Alif meluahkan rasa kesal terhadap kecaman keterlaluan netizen susulan perubahan imej adiknya yang tidak lagi mengenakan tudung.

Menurut Syakir, adiknya kini berada dalam fasa memahami agama dan enggan terus mengenakan tudung tanpa mengetahui kefahaman sebenar dari sudut syariat.

“Keluarga kami memahami akan reaksi masyarakat, namun saya kecewa dengan kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap adik saya.

“Apabila Dahlia menyatakan dia kurang memahami agama sejak zaman persekolahan, maksudnya dia hanya mempelajarinya secara akademik, bukan secara rohani,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Jelas Syakir yang juga anak kepada penyanyi Nora Ariffin, selama ini pemakaian tudung oleh adiknya lebih kepada pemenuhan kewajiban semata-mata, tanpa disertai kefahaman mendalam mengenai kelebihannya.

Tambah Syakir, beliau tidak menafikan bahawa menutup aurat merupakan satu kewajipan dalam , namun percaya setiap insan melalui fasa kehidupan yang berbeza untuk menuju kematangan rohani.

“Saya akur bahawa menutup aurat adalah kewajipan setiap Muslim, namun kita juga perlu memahami bahawa proses pematangan rohani berbeza bagi setiap individu.

“Saya berharap orang ramai dapat terus mendoakan agar Dahlia terus diberi hidayah dan kekuatan untuk mendalami agama dengan sebaiknya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Syakir turut menyeru masyarakat agar menjaga adab serta berhemah dalam menegur, selaras dengan ajaran yang mementingkan akhlak dalam menyampaikan nasihat.

mengajar kita untuk menegur dengan adab. Saya sebagai ahli keluarga boleh menerima teguran jika disampaikan secara baik, tetapi malangnya ramai hanya mengecam demi kepuasan diri sendiri.

“Saya mendoakan agar Allah memberikan hidayah kepada mereka yang mengecam, dan kepada yang menyebarkan fitnah kononnya ibu bapa kami gagal mendidik Dahlia dengan ilmu agama, saya serahkan kepada Allah untuk memberikan balasan yang setimpal,” katanya lagi.

Terdahulu, Dahlia mengesahkan perubahan imejnya selepas lebih 15 tahun berhijab.

Dalam masa sama, beliau turut menukar nama pentas daripada Putri Dahlia kepada Dahlia sahaja untuk menembusi pasaran muzik antarabangsa. – UTUSAN





Source link