Malaysia Oversight

Puad harap MIPP tak terima nasib macam Presiden Gerakan

By MkiniBM in April 30, 2025 – Reading time 2 minute
Puad harap MIPP tak terima nasib macam Presiden Gerakan


Seorang pemimpin kanan enggan melayan dakwaan dibuat Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) yang membandingkan layanan diberikan kepada sekutunya dengan PN.

Menurut ahli Majlis Kerja Tertinggi , Mohd Puad Zarkashi, dia sebelum ini tidak pun tahu akan kewujudan sebuah parti yang dikenali sebagai MIPP.

Tambahan pula, katanya, kelibat MIPP juga tidak kelihatan semasa kempen pilihan raya kecil yang berlangsung di Ayer Kuning, Perak baru-baru ini.

“Pastinya MIPP adalah parti nyamuk, sebab itu media tidak beri perhatian kepadanya,” kata Mohd Puad hari ini.

Dia yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor pada masa sama menganggap penyertaan MIPP sebagai parti komponen PN sekadar cebisan saja dan tidak membawa sebarang makna yang besar.

“Ibarat tiada rotan akar pun berguna, PN kena terima MIPP seperti mereka terima parti Gerakan.

“Justeru terlalu awal MIPP mahu mendakwa kerjasama dengan lebih bermaruah,” katanya lagi.

Mohd Puad berkata demikian sebagai reaksi pandangan dilontarkan MIPP mengenai semalam.

Dalam kenyataannya, Presiden MIPP, SP Punithan, mendakwa layanan diberikan kepada MIC tidak lebih seperti buruh kontrak, manakala PN melayan parti komponen mereka secara bermaruah.

“Gabungan Umno dengan dan MCA selama beberapa dekad – yang pernah dianggap kukuh – kini merosot sehingga digelar ‘biawak hidup’ dalam ,” kata Punithan.

Dia sebelum itu menegur pandangan Mohd Puad yang menyalahkan PAS sebagai punca PN gagal menarik parti bukan Melayu yang berpengaruh untuk menjadi sebahagian daripada gabungan tersebut.

Mengulas lanjut hari ini Mohd Puad berkata kedudukan MIPP dalam PN akan hanya diketahui apabila pilihan raya umum menjelang selepas ini.

“Apakah MIPP akan diberi satu kerusi?

“Jangan jadi macam Presiden Gerakan. Jadi calon di Bayan Lepas kena boikot. Nak naik pentas ceramah di Sungai Dua pun kena suruh balik oleh .

“Memang kesian,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Source link