Malaysia Oversight

Sony DualSense Kini Boleh Ditambat Ke Sehingga Empat Peranti

By Amanz in September 17, 2025 – Reading time 1 minute
Sony DualSense Kini Boleh Ditambat Ke Sehingga Empat Peranti



Sony DualSense tambatan

Alat kawalan Sony DualSense telah dikemaskini dengan ia kini mengingati ia telahpun ditambat ke sehingga empat peranti secara bluetooth. Pemilik boleh menyimpan peranti ke empat slot dengan menekan butang PS dengan butang Segitiga, Bulat, Kotak atau Pangkah.

Selepas disimpan, pengguna hanya perlu menekan butang PS dan butang muka yang berpadanan dengan peranti dipilih. Tambatan secara peranti tersebut akan terus dilakukan tanpa perlu menjalani proses tetatapan semula dengan menekan butang PS dan Option sebelum ini. Kejayaan peranti ditambat akan dapat dilihat pada lampu indikator pada DualSense.

Turut diberikan menerusi kemas kini PlayStation 5 semalam ialah ialah mod Power Saver. Ia mengurangkan penggunaan kuasa untuk sesi gaming yang lebih menjimatkan penggunaan kuasa elektrik. Tiga permainan pertama menyokong mod ini ialah Death Stranding 2: On The Beach, Demon’s Souls, and Ghost of Yōtei.



Source link