DJI Mengacah Kehadiran Produk Baharu Pada 23 September 2025
September 17, 2025
Fotografi
Amy Maizuraa
DJI akan melancarkan produk baharu pada 23 September 2025 dengan tagline ‘Own the Moments’. Video promosi dikongsi memaparkan bayangan sebuah kamera aksi kompak yang dipercayai muncul sebagai Osmo Nano dan dijangka menggantikan DJI Action 2 yang telah dihentikan pengeluarannya.

Video yang dikongsi turut memaparkan sokongan ciri magnetik terbina yang membolehkan pemasangan mudah dan penggunaan lebih bebas tanpa memerlukan klip tambahan. Selain itu, kamera dijangka hadir dengan kemampuan rakaman 4K120FPS, tubuh kalis air, skrin sesentuh OLED, storan terbina 64GB/128GB dengan sokongan microSD serta kebolehan merakam jarak jauh.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.