Malaysia Oversight

PKB terbitkan soalan lazim projek pembangunan Kg Sungai Baru

By MkiniBM in September 17, 2025 – Reading time 1 minute
PKB terbitkan soalan lazim projek pembangunan Kg Sungai Baru


Ketika isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru di tengah Kuala Lumpur terus menarik perhatian ramai, Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu (PKB) petang ini menerbitkan soalan lazim mengenai kawasan tersebut.

Menggunakan platform media sosial, antara aspek yang dipaparkan PKB ialah latar belakang projek itu, proses pengambilan tanah oleh pemaju, pampasan dan kemajuannya.

Turut dipaparkan ialah bagaimana pemaju menawarkan pulangan daripada projek tersebut dan kelebihan untuk penduduk setempat menyertai pembangunan berkenaan.

Kemelut pembangunan Kampung Sungai Baru menyaksikan ketegangan berlaku baru-baru ini ketika pihak pemaju melaksanakan proses pengosongan premis yang terlibat bersama bailif mahkamah.

Ketegangan tersebut turut menyebabkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman, cedera.

Berikut adalah penjelasan yang diberikan PKB berhubung projek pembangunan tersebut.



Source link