Malaysia Oversight

Nik Nazmi cadang KPT ambil alih STPM, matrikulasi

By MkiniBM in September 17, 2025 – Reading time 3 minute
Nik Nazmi cadang KPT ambil alih STPM, matrikulasi


Ahli Parlimen , Nik Nazmi Nik Ahmad mencadangkan agar program Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi disatukan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dengan alasan langkah itu akan membuka jalan kepada sistem kemasukan universiti yang lebih adil dan telus.

Ahli parlimen Setiawangsa itu berkata telah membincangkan usaha menyatukan kedua-dua program yang kini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.

ada membincangkan cadangan agar kedua-dua laluan ini disatukan di bawah KPT, yang lebih memahami keperluan institusi pengajian tinggi serta pelajarnya. 

“Penyatuan kedua-dua laluan di bawah KPT juga akan membuka jalan kepada pembentukan satu sistem tunggal kemasukan universiti yang telus, adil, dan bertanggungjawab,” kata Nik Nazmi pada kenyataannya hari ini.

Katanya meskipun peningkatan prestasi pelajar sekolah di Malaysia dialu-alukan, pencapaian itu seharusnya disertai peluang yang adil agar pelajar dapat menyambung pendidikan dan menjadi anggota masyarakat yang produktif.

“Apabila nampak wujud pertambahan bilangan pelajar cemerlang di sekolah, tanpa peningkatan tempat universiti yang sepadan dan mampan, ini hanya akan menambah kekecewaan serta menghakis keyakinan terhadap institusi negara,” kata bekas menteri sumber asli dan kelestarian alam sekitar itu.

Sebelum ini, Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (Umany) menggesa memansuhkan sistem matrikulasi dan menggunakan keputusan STPM sebagai penanda aras tunggal bagi kemasukan ke universiti awam.

Kenyataan presiden Umany, Tang Zi Ye, pada 12 September lalu menerima kecaman daripada Bersatu dan , sehingga Umany kemudiannya memohon maaf berhubung cadangan tersebut.

Umany turut menegaskan bahawa cadangan pelaksanaan “sistem peperiksaan bersepadu” itu tidak ada kaitan dengan isu perkauman, sebaliknya berpaksikan keperluan mewujudkan proses kemasukan universiti yang lebih adil dan telus.

Namun, polis mengesahkan kumpulan pelajar itu sedang disiasat susulan gesaan berkenaan, dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, semalam memaklumkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Nik Nazmi menegaskan isu kemasukan universiti mesti ditangani dengan “ditangani dengan jelas, berhemah dan berteraskan keadilan.”

“Kekecewaan pelajar yang cemerlang tetapi gagal mendapat tempat dalam program pilihan mereka, atau dalam sesetengah kes, langsung tidak memperoleh tempat di universiti awam adalah isu yang nyata dan berasas.

“Kekecewaan ini tidak seharusnya dipandang ringan, apatah lagi dijadikan modal politik, seperti yang sering berlaku pada setiap kali musim pengambilan pelajar,” tambahnya.

Nik Nazmi berkata meskipun pihak berkuasa telah memberikan beberapa penjelasan yang “ barangkali boleh diterima dari sudut pentadbiran” namun hakikatnya kes-kes seperti ini berulang saban tahun memberitahu “ada masalah yang lebih besar. “

“Penjelasan berasaskan pentadbiran seperti ini tidak akan mengubati kekecewaan anak muda Malaysia yang terpaksa menangguhkan atau mengorbankan impian mereka,” katanya.

“Hal ini tidak bermaksud kita perlu memilih salah satu di antara tindakan afirmatif atau sistem meritokrasi, sebaliknya ia adalah tanggungjawab negara memastikan kedua-duanya wujud bersama, agar generasi muda Malaysia diberikan harapan dan peluang.

“Perlu ada proses yang telus bagi pelajar dan ibu bapa memahami sistem kemasukan universiti. Kerajaan boleh membangunkan sebuah sistem yang membolehkan pemohon menilai peluang mereka berdasarkan keputusan yang diperoleh. Perkara ini juga mesti dikomunikasikan secara jelas kepada orang ramai.

“Kita tidak ada lagi ruang untuk alasan atau sikap bertangguh. Waktunya telah tiba untuk melaksanakan reformasi struktur yang berani dan perubahan yang tuntas,” katanya lagi.



Source link