Malaysia Oversight

Tak guna rebut jadi PM jika parti tak mampu menang 112 kerusi

By MkiniBM in September 17, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menempelak perebutan jawatan calon perdana menteri dalam kalangan parti-parti politik, dengan menegaskan bahawa perkara itu sia-sia jika parti terbabit tidak mampu mencapai kemenangan majoriti mudah di Parlimen.

“Saya kurang faham kenapa ramai berebut-rebut untuk dinamakan calon perdana menteri.

“Calon tidak akan jadi perdana menteri jika partinya tidak menang 112 kerusi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahathir berkata, bagi mencapai kemenangan itu, sesebuah parti bukan sahaja perlu meletakkan lebih daripada 112 calon, tetapi juga berdepan dengan saingan daripada parti-parti lain.

“Tidak mungkin partinya menang 112 kerusi. Tidak mungkin calon perdana menteri jadi perdana menteri. Tak usahlah berebut-rebut nak jadi calon perdana menteri,” katanya.

Meskipun tidak menyebut secara langsung, Mahathir jelas merujuk kepada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada 7 September lalu yang meluluskan usul menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri ke-11 dari parti itu.

Usul berkenaan juga tidak mendapat reaksi yang positif daripada . Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat, Annuar Musa, malah menasihatkan agar Bersatu “menyucikan diri terlebih dahulu dengan memperbaiki imej dan dasar serta memulihkan kepercayaan rakyat.”

Annuar yang juga bekas setiausaha agung menambah, Bersatu wajar mempersiapkan parti dengan barisan pelapis yang “berintegriti tinggi serta keupayaan membawa negara ke ufuk yang baru.”

Sebelum ini Mursyidul Am , Hashim Jasin, turut menegur Bersatu agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pengumuman menyentuh mengenai PN, selain mengamalkan dasar musyawarah.

Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden pada muktamar parti itu Jumaat lalu mencadangkan Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon perdana menteri PN, selain menteri besar Kedah, Md Noor.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula berpendapat pemimpin berumur atas 70 tahun tidak sepatutnya menjadi perdana menteri.

Sebagai rekod, kedua-dua pemimpin tertinggi PAS dan beratu itu telah berusia lebih 70 tahun.

Mengulas lanjut, Mahathir yang telah mencecah usia 100 tahun menegaskan usaha lebih utama ialah memastikan perpaduan Melayu bagi mencapai kejayaan pilihan raya.

“Hanya jika Melayu bersatu sahaja baharulah kemenangan boleh dicapai. Setelah menang barulah pilihan perdana enteri dibuat.

“Semua yang berbakat boleh bertanding untuk jadi perdana menteri,” katanya lagi.



Source link