Kehadiran Oppo A6 Pro 5G Untuk Pasaran Malaysia Diacah Secara Rasmi
Amy Maizuraa
Kemas kini terbaharu di Facebook mengesahkan bahawa Oppo A6 Prosebagai petanda awal kehadirannya.

Semakan melalui laman rasmi mendapati peranti ini bakal ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik: Coral Pink dan Stellar Blue. Ia turut boleh dilihat sebagai kemas kini kepada model A5 Pro sebelum ini dengan tumpuan khusus terhadap ketahanan tubuh yang lebih lasak.
Sorotan utama peranti terletak pada sokongan kalis air dan habuk dengan penarafan IP69/IP68/IP66 yang diyakini mampu memberikan perlindungan menyeluruh. Peranti juga melepasi piawaian Military-Grade Shock Resistance bagi menjadikannya pilihan menarik untuk pengguna yang sentiasa bergerak.

Turut disertakan bateri 6500mAh bersama pengecasan pantas 80W SuperVOOC Charge. Skrinnya pula menggunakan panel AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Reka bentuk turut menerima sedikit perubahan meskipun tidak begitu ketara dan masih mengekalkan identiti yang sinonim dengan siri A. Butiran penuh peranti ini hanya akan diketahui selepas pelancaran rasmi kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.