Malaysia Oversight

Norbauer Seneca Ialah Papan Kekunci Dengan Harga Sebuah Kereta Dan Masa Menunggu Hampir Setahun

By Amanz in September 17, 2025 – Reading time 2 minute
Norbauer Seneca Ialah Papan Kekunci Dengan Harga Sebuah Kereta Dan Masa Menunggu Hampir Setahun


Jika anda mengikuti perkembangan dunia hobi papan kekunci, anda akan sekurang-kurangnya pernah mendengar nama Norbauer. Mereka adalah pembuat papan kekunci dan aksesori/komponen kelas premium yang berasas dari Los Angeles, Amerika Syarikat.

Projek terbaru syarikat tersebut ialah Norbauer Seneca, sebuah papan kekunci bersaiz TKL. Versi pertama papan kekunci ini yang akan dilancarkan dinamakan Norbauer Seneca First Edition yang diperbuat dari pilihan aloi aluminum dengan tiga jenis kemasan (Oxide Gray, Travertine dan Heatshield) ataupun pilihan aloi Veracity Titanium dengan lapisan plat suis yang diperbuat dari tembaga yang disaluti perak.

image 55

Norbauer Seneca menggunakan suis elektro-kapasitif yang hadir dengan kadar pengaktifan yang lebih sensitif, menggunakan sambungan elektrik bergantung kepada tahap pengaktifan yang dipilih, dan lebih selesa untuk menaip berbanding dengan suis mekanikal biasa.

image 56

Papan kekunci ini juga akan didatangkan dengan penutup suis R&D 1973 – Norbauer & Co. dengan profil MTNU yang berprofil rendah, sesuai dengan rekaan rangka papan kekunci Norbauer Seneca ini.

image 58

Walaupun begitu, dari segi sokongan sambungan, papan kekunci ini hanya menyokong sambungan berwayar sahaja menggunakan kabel USB Type-C yang disertakan bersama papan kekunci ini. Sayangnya papan kekunci ini juga tiada ciri-ciri tambahan seperti tombol laras audio ataupun skrin LCD kecil yang kini semakin popular antara pemilik papan kekunci tersuai.

image 59

Selain daripada penggunaan bahan dan komponen premium, satu aspek lagi yang diberikan penekanan ialah pada komponen stabilizer, khususnya untuk bahagian space bar papan kekunci ini. Secara ringkasnya, bahagian ini menggunakan rekaan serba baru yang menjanjikan bunyi dawai besi tidak akan kedengaran, dan tidak memerlukan pengguna untuk menggunakan minyak pelincir untuk mengurangkan geseran didalam komponen tersebut.

image 57

Norbauer Seneca First Edition kini sudah mula ditawarkan di laman web mereka, tetapi ia kini hadir dengan senarai menunggu selama 9 bulan, dengan tanda harga permulaan $3600 untuk model yang menggunakan rangka aluminum, manakala harga dengan rangka titanium mencecah $8090.



Source link