WhatsApp Mula Menguji Ciri Peringatan Mesej Untuk Pengguna iOS
Amy Maizuraa
WhatsApp mula menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna peranti iOS menetapkan peringatan untuk mesej dalam perbualan individu dan berkumpulan. Ciri ini sebelum ini telah diperkenalkan kepada pengguna Android dan kini diperluaskan kepada pengguna iOS.

Pengguna yang menerima ciri ini boleh menetapkan peringatan terus daripada menu mesej dengan pilihan selang masa seperti dua jam, lapan jam, satu hari atau masa khusus mengikut keperluan.
Apabila peringatan ini diaktifkan, ikon loceng akan muncul pada mesej sebagai penanda paparan dan notifikasi akan dihantar apabila tiba masa yang ditetapkan. Ia juga lengkap dengan teks mesej, pratonton media serta nama perbualan asal.
Semua peringatan ini diproses sepenuhnya dalam peranti bagi menjaga privasi pengguna tanpa akses daripada pihak ketiga termasuk WhatsApp sendiri.
Buat masa ini, ciri tersebut sedang diuji dalam kalangan pengguna beta terpilih dan dijangka akan diperluaskan kepada lebih ramai dalam minggu-minggu akan datang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.