Bekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad menuntut ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani menarik balik tuduhan bahawa dia menipu berhubung isu pembangunan Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.
“Saya nak minta tarik balik kenyataan saya menipu.
“Selain itu, saya tidak ada pilihan, sama ada awak menteri atau tidak, saya akan ambil tindakan,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Khalid, dia tidak pernah mencampuradukkan isu pembangunan Kampung Baru dengan Kampung Sungai Baru sebagaimana yang didakwa menteri perladangan dan komoditi.
[Laporan penuh menyusul]