Malaysia Oversight

Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat walau dijelaskan kepentingannya

By MkiniBM in September 17, 2025 – Reading time 1 minute
Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat walau dijelaskan kepentingannya


Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa Noraidah Lamat tetap enggan membenarkan proses bedah siasat dijalankan ke atas jenazah anaknya, Zara Qairina Mahathir meskipun kepentingan prosedur itu telah dijelaskan beberapa kali kepada beliau.

Dr Logaraj Ratha, yang menjalani latihan luar kampus di Jabatan Perubatan Forensik (Mortuari) Hospital Queen Elizabeth sejak Jun tahun lepas, berkata penerangan telah diberikan kepada wanita itu sebelum, semasa dan selepas beliau menandatangani Surat Akuan Enggan Bedah Siar Mayat Atas Kemahuan Sendiri.

“Segala butiran dalam surat akuan itu diisi oleh ibu mangsa sendiri, dan saya berada bersamanya ketika itu,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari selaku Pegawai Pengendali inkues berhubung kematian remaja itu.

Mohd Firdaus: Berapa kali kamu memberitahu tentang kepentingan bedah siasat kepada Puan Noraidah Lamat?

Dr Logaraj: Saya menerangkan dua kali sebelum beliau menandatangani surat itu… dan saya juga menerangkan beberapa kali semasa serta selepas beliau menandatangani surat itu… saya masih terus bagi penerangan.

– Bernama



Source link