Malaysia Oversight

Sejumlah Kumpulan Penggodam Mengumumkan Persaraan Setelah Mengumpul Kekayaan

By Amanz in September 17, 2025 – Reading time 2 minute
Meta Disaman Bekas Ketua Sekuriti Siber WhatsApp Kerana Didakwa Mendedahkan Data Pengguna


Sejumlah Kumpulan Penggodam Mengumumkan Persaraan Setelah Mengumpul Kekayaan

September 17, 2025
Sekuriti

Nazrin

Isu godaman terhadap entiti-entiti syarikat dianggarkan telah menyebabkan kerugian berbilion dolar Amerika, khususnya godaman berunsur perisian tebusan yang telah memaksa banyak syarikat untuk membayar wang tebusan berjuta dolar untuk mendapatkan kembali data syarikat dan juga untuk meneruskan kelangsungan sistem syarikat.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa sejumlah daripada kumpulan-kumpulan penggodam ini telah mengumumkan “persaraan” mereka setelah mengumpul berjuta-juta dolar, hasil daripada serangan-serangan digital ini.

Kumpulan-kumpulan penggodam ini termasuklah “APSUS$, Trihash, Yurosh, yaxsh, WyTroZz, N3z0x, Nitroz, TOXIQUEROOT, Prosox, Pertinax, Kurosh, Clown, IntelBroker, Scattered Spider, Yukari dan lain-lain. Kumpulan-kumpulan ini dilihat bertanggungjawab untuk insiden godaman data besar, seperti Jaguar Land-Rover, Samsung, NVIDIA dan lain-lain.

darkwebstevanovicigoristock C

Mereka mengatakan bahawa wang yang dikumpul setakat ini adalah mencukupi untuk mereka bersara seumur hidup, tanpa perlu menyerang mana-mana syarikat atau badan lagi selepas ini. Mereka mengatakan bahawa serangan keatas syarikat-syarikat besar dan pihak sudahpun dihentikan untuk seketika.

Sebarang insiden sekuriti atau ketirisan data yang akan diperlihatkan di masa hadapan dengan nama kumpulan-kumpulan ini adalah serangan yang sudahpun dilakukan sebelum ini menggunakan kerentanan yang belum dilaporkan. Malah, mereka mengatakan bahawa kumpulan-kumpulan penggodam ini sudahpun berpisah, dan individu-individu yang telah ditangkap akan dilepaskan kelak kerana kesukaran untuk membuktikan bahawa mereka adalah dalang disebalik insiden-insiden sekuriti siber ini.

Ia dijangka dengan pengumuman ini, serangan-serangan siber akan berkurangan dengan mendadak, tetapi tidaklah dihentikan sepenuhnya. Sepertimana banyaknya sistem digital dan atas talian yang digunakan sekarang, terdapat ramai kumpulan dan individu berniat jahat lain yang pastinya akan mengisi kekosongan ini, walaupun buat masa terdekat ini, mereka yang berkepentingan boleh menarik nafas lega dan boleh berehat seketika daripada serangan siber yang bertalu-talu.

The Register, BreachForums

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link