Malaysia Oversight

Mahkamah Rayuan tolak rayuan Rosmah singkir hakim bicara kes solar

By MkiniBM in September 17, 2025 – Reading time 1 minute
Mahkamah Rayuan tolak rayuan Rosmah singkir hakim bicara kes solar


Mahkamah Rayuan menolak rayuan Rosmah Mansor untuk menyingkirkan hakim Mahkamah Tinggi yang membicarakan kes rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Zaidi Ibrahim mendapati tiada merit untuk menyokong rayuan tersebut.

“Hakim tidak silap ketika menolak permohonan penyingkiran itu pada waktu berkenaan,” katanya semasa membacakan keputusan panel.

Isteri bekas perdana menteri, itu merayu keputusan bekas hakim Mahkamah Tinggi, Zaini Mazlan – yang kini dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan – yang menolak permohonan Rosmah supaya dia menarik diri daripada membicarakan kes tersebut.

[Berita penuh menyusul]



Source link