Malaysia Oversight

Datuk Seri antara 4 individu ditahan tuntutan palsu RM360 juta

By Utusan in April 29, 2025 – Reading time 1 minute
Datuk Seri antara 4 individu ditahan tuntutan palsu RM360 juta


: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk seorang bergelar datuk seri disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu kira-kira RM360 juta.

Menurut sumber, kesemua suspek yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 50 dan 70-an itu telah ditahan antara pukul 4 hingga 6 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, .

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2016 hingga 2017.

“Keempat-empat suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM360 juta yang menggunakan dana sukuk dalam sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM1.30 bilion,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM , Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM2009.

Beliau memberitahu, kesemua suspek akan direman di Mahkamah Majistret pagi esok. – UTUSAN





Source link