Malaysia Oversight

Apek ditahan? Bagi saya siasat dakwaan itu dahulu – Azlee

By Utusan in April 29, 2025 – Reading time 1 minute
Apek ditahan? Bagi saya siasat dakwaan itu dahulu - Azlee


PETALING JAYA: Pelawak, Azlee Senario, tidak mengetahui mengenai dakwaan sahabatnya, Saiful Apek telah ditahan oleh pihak berkuasa sebentar tadi.

Bagaimanapun, Azlee atau Azlee Jaafar, 57 yang bingung dengan berita tersebut sedang cuba mendapatkan kepastian mengenai berita tersebut

“Saya baru bangun tidur, saya pun tidak tahu mengenai berita ini.

“Bagi saya siasat sekejap, ya,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia pada Selasa.

Terdahulu, kecoh apabila sebuah portal melaporkan kelibat seorang pelawak memakai baju merah jambu yang menyerupai Saiful Apek ditahan oleh dua anggota beruniform.

Bagaimanapun, lokasi dan punca kejadian masih belum dikenal pasti. -UTUSAN





Source link