Malaysia Oversight

KP Nadma selaras operasi bantuan bencana di Sabah

By MkiniBM in September 16, 2025 – Reading time 1 minute
KP Nadma selaras operasi bantuan bencana di Sabah


Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) kini berada di Sabah bagi menyelaras operasi bantuan bencana bersama agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta jawatankuasa bencana peringkat negeri dan daerah.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata koordinasi itu dibuat susulan kelulusan segera peruntukan RM10 juta dari Tabung Bencana Negara yang diumumkan Perdana Menteri Ibrahim semalam.

“Melalui RM10 juta ini, bantuan bukan hanya diberikan secara tunai kepada setiap keluarga yang rumah mereka terjejas akibat tanah runtuh atau banjir, tetapi juga akan digunakan untuk pembinaan rumah baru Projek Perumahan Rakyat Sementara (PPRS) bagi mangsa yang kehilangan tempat tinggal,” katanya dalam sidang media di Butterworth hari ini.

Ahmad Zahid berkata kerjasama erat dengan Jawatankuasa Bencana Negeri Sabah dan jawatankuasa peringkat daerah akan menentukan jumlah sebenar rumah yang perlu dibina untuk mangsa bencana.

“Ini penting supaya bantuan yang diagihkan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Dia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat menegaskan komited memastikan kebajikan mangsa banjir dan tanah runtuh di Sabah diberi perhatian sewajarnya.

Bernama



Source link