Malaysia Oversight

PAS kini sedia pimpin PN, kata Takiyuddin

By MkiniBM in September 16, 2025 – Reading time 3 minute
PAS kini sedia pimpin PN, kata Takiyuddin


MUKTAMAR | menutup pertemuan tahunan terbesar mereka petang ini dengan menghantar isyarat jelas – dan menepati desakan ahlinya – bahawa parti itu kini bersedia memainkan peranan lebih besar dalam PN.

Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, berkata sebelum ini parti terbabit memang pernah ditawarkan untuk menjadi pengerusi PN dan ia datang daripada Presiden Bersatu, Yassin, sendiri.

“Sebab itu sekarang kita (PAS) menyatakan bahawa kami sedia untuk menjadi Pengerusi PN,” katanya kepada pemberita selepas Muktamar Tahunan PAS ke-71 di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar, berakhir petang tadi.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata sebelum ini PAS menolak tawaran tersebut dengan mengambil kira keadaan semasa.

Ketika itu, kata Takiyuddin, PAS berpendapat lebih sesuai kerana berdasarkan kedudukannya – antara lain – sebagai bekas perdana menteri.

“Tapi sekarang ini kita bersedialah. Kalau kita diminta, kita bersedia. Kita satu-satunya parti kita dah 74 tahun, dan parti arus perdana,” katanya.

Turut menjadi faktor kesediaan itu, kata Takiyuddin, ialah status PAS yang memiliki 43 kerusi parlimen dan menguasai empat negeri, selain jumlah kerusi yang dimenangi berbanding Bersatu di negeri lain.

Sementara itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, PAS akan menamakan calon perdana menteri mereka berdasarkan mandat yang diterima oleh parti berkenaan dalam muktamar kali ini.

Katanya muktamar adalah badan yang tertinggi parti dan keputusan yang dibuat akan dilaksanakan.

Pun begitu Takiyuddin menjelaskan proses tersebut akan dibuat melalui rundingan.

“Biasanya amalan kita ialah, kita hantar notis atau surat rasmi kepada parti-parti komponen PN.

“Mungkin mereka juga berbincang sesama mereka dan kemudian kita akan bawa ke Dewan PAS,” katanya ketika ditanya apakah Bersatu masih ada ruang untuk berbincang mengenai calon PM.

Mesti dekat dengan ahli

Untuk rekod, Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu baru-baru ini sebulat suara menyokong presiden mereka, Yassin, dinamakan sebagai calon perdana menteri yang ke-11.

Namun, usul berkenaan juga tidak mendapat reaksi yang positif daripada PAS.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Annuar Musa, malah menasihatkan agar Bersatu “menyucikan diri terlebih dahulu dengan memperbaiki imej dan dasar serta memulihkan kepercayaan rakyat.”

Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung menambah, Bersatu wajar mempersiapkan parti dengan barisan pelapis yang “berintegriti tinggi serta keupayaan membawa negara ke ufuk yang baru.”

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, turut menegur Bersatu agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pengumuman menyentuh mengenai PN, selain mengamalkan dasar musyawarah.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Bersatu mempertahankan keputusan isu sebagai hak parti masing-masing.

e9fee2d1fdf29284c866730b19dd4809

Mengulas lanjut, Takiyuddin menjelaskan bahawa dalam ucapan dasar Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS, ahli politik terbabit hanya menyentuh mengenai ciri-ciri seorang perdana menteri.

“Kalau ada dalam kalangan pemimpin PAS yang mempunyai ciri-ciri yang ditentukan oleh PAS, mungkin kita boleh tawar sebagai calon perdana menteri.

“Jadi, pendekatan presiden sekarang ini adalah untuk berdepan dengan PRU ke-16 untuk kita menang sebanyak mungkin. Tanpa menang tak guna cakap mengenai perdana menteri,” katanya.

Takiyuddin juga tidak menolak kemungkinan PAS sedia menerima calon perdana menteri dari luar sekiranya mempunyai ciri-ciri ditentukan oleh PAS.

“Bila timbul soal perdana menteri, mesti dekat dengan ahli PAS sendiri.

“Sama ada yang dalam pimpinan ataupun yang mungkin di luar itu tidak menyekat kita (daripada menerima),” katanya.

Namun, katanya barisan pimpinan PAS yang baru mempunyai ramai pemimpin yang layak untuk diangkat sebagai calon PM.



Source link