Malaysia Oversight

MIC minta ahli politik dilibatkan dalam lembaga penasihat bukan Islam

By MkiniBM in April 24, 2025 – Reading time 2 minute
MIC minta ahli politik dilibatkan dalam lembaga penasihat bukan Islam


MIC mencadangkan kepada agar lembaga penasihat badan yang mengelola hal ehwal agama bukan tidak mengecualikan ahli politik sebagai anggotanya.

Timbalan Presiden MIC, M , berkata lebih baik jika orang politik dilibatkan dalam badan tersebut kerana kehadiran mereka akan memastikan langkah sewajarnya dapat dilaksanakan.

“Itu (cadangan menubuhkan badan khas) satu perkara yang bagus tetapi apabila orang politik tidak dilibatkan, macam mana mereka (pihak yang berkaitan) nak bawa isu kepada mereka (ahli politik) yang boleh membawa perubahan?” katanya.

Bagaimanapun, Saravanan mengakui perlu diberi ruang untuk menentukan pelantikan ahli lembaga berkenaan dan menentukan bagaimana ia boleh berfungsi pada tahap terbaik untuk manfaat rakyat.

“Kita serahkan kepada untuk mencari kaedah terbaik siapa yang akan mengisi jawatan tersebut.

“Apa yang penting adalah, lembaga penasihat yang memantau.

“Siapa yang nak menerajui badan tersebut, serah kepada kerajaan asalkan matlamat utama ialah menangani isu-isu melibatkan bukan diselesaikan dengan baik dan harmoni,” katanya.

Sebelum itu Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah menyertai kempen sempena Pilihan Raya Kecil Ayer Kuning malam tadi.

Semalam, Adun Sentosa, RG Gunaraj, menggesa kerajaan mempertimbangkan penubuhan lembaga penasihat khas bagi hal ehwal bukan sebagai cara menguruskan isu menyentuh sensitif termasuk rumah ibadat bukan Islam.

Dalam kenyataannya, ahli politik Selangor itu berkata, lembaga berkenaan boleh menyelaraskan pendaftaran tempat ibadat bukan Islam sambil menjadi pengantara jika berlaku sebarang pertikaian.

Katanya lembaga itu – yang idealnya akan melengkapkan mekanisme sedia ada di peringkat negeri – boleh membantu menggubal dasar inklusif yang dianggap adil untuk semua agama.

Dia juga memetik penggunaan istilah “kuil haram” sebagai isu lama yang dihadapi oleh masyarakat bukan Islam dan menganggap ungkapan itu sebagai tidak tepat “dari sisi undang-undang dan budaya”.

Pada Isnin lalu, Saravanan menggesa Perdana Menteri Ibrahim melarang mana-mana agensi dan jabatan kerajaan daripada menggunakan istilah berkenaan.

Rayuan itu disampaikan Saravanan kepada melalui sepucuk surat selepas pihak pengurusan Hospital Taiping menggunakannya semasa mengurus aduan berkenaan tempat ibadat bukan Islam yang ada di premisnya.

Saravanan juga menegaskan bahawa banyak kuil wujud sejak beberapa dekad lalu, lama sebelum Kanun Tanah Negara digubal pada 1965.

[Baca berita penuh]



Source link