Malaysia Oversight

Cubaan PAS Tenggara bawa isu ‘hidup mati’ parti tak kesampaian

By MkiniBM in September 16, 2025 – Reading time 2 minute
Cubaan PAS Tenggara bawa isu 'hidup mati' parti tak kesampaian


MUKTAMAR | Hasrat seorang perwakilan dari Johor, Nazari Mokhtar, untuk menyampaikan pandangannya berhubung usul memperkukuh PN tidak kesampaian hari ini apabila dihalang oleh pengerusi tetap parti itu, Hussin Ismail.

Dia sudah berada di tempat berucap dan menunggu giliran bagi membahaskan usul yang dibawa Pemuda , namun dihentikan oleh Hussin kerana mengikut prosedur, syaratnya sudah dipenuhi iaitu dibahaskan dan diluluskan sebulat suara.

Untuk rekod sebelum itu usul tersebut dibahaskan oleh perwakilan dari Shah Alam, dan Dungun, Terengganu.

Berdepan dengan tegahan pengerusi tetap, Yang Dipertua PAS Tenggara itu membuat beberapa percubaan untuk merayu kepada agar dibenarkan sekurang-kurangnya untul tempoh lima minit kerana dia membawa mesej penting untuk dibincangkan, khususnya melibatkan persiapan pilihan raya.

“Kalau saya tak sampaikan benda ni (sekarang), perkara ni akan dibiarkan, dan tak ada seorang pun pembahas yang membawa isu ni.

“Isu ini penting untuk kita bawa dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Pun begitu, Hussin tidak berganjak dan memberitahu pesara tentera itu agar menulis kepada setiausaha agung parti mengenai apa yang ingin dibincangkan.

Sementara itu ketika dihubungi Malaysiakini kemudian, Nazari – yang menjadi calon PAS bagi menghadapi Presiden , Ibrahim, dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada 2018 – memberitahu dia “sangat kecewa” apabila haknya untuk berbahas dinafikan.

Kata Nazari, dia mahu membangkitkan isu berkaitan mempertahankan hak Melayu kerana berpendapat mendakwa tiada perwakilan lain yang membangkitkan isu tersebut.

Selain itu, katanya, PAS Tenggara juga mempunyai beberapa cadangan yang dirasakan wajar dikemukakan semasa muktamar termasuk melibatkan “hidup mati” PAS.

“Apa gunanya Datuk Seri Sahidan Kassim Dan Tan Sri Annuar Musa musuk dalam saf pimpinan utama jika mereka gagal membawa Melayu menyokong PAS?” katanya merujuk kepada dua bekas pemimpin kanan yang kini menyertai PAS.



Source link